Beranda · Cek Resi POS · Cek Resi JNE · EMS Pos Indonesia

Tiga Bidang Utama Kurikulum MRSM

Kurikulum MRSM terdiri daripada tiga bidang utama yang memberi penumpuan kepada program-program beriku
1. Program Akademik
2. Program Perkembangan Sahsiah
3. Program Pembangunan Bakat

1. Program Akademik
Kurikulum ini berasaskan kepada kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) Kementerian Pendidikan dan kurikulum yang dibentuk khas oleh MARA. Ia terdiri daripada subjek teras, subjek elektif dan subjek khas.

MRSM
Subjek Menengah Rendah
Subjek Teras   
    Bahasa Melayu
    Bahasa Inggeris
    Matematik
    Pendidikan Islam/Moral
    Geografi
    Sejarah
    Sains
    Pendidikan Seni
    Pendidikan Jasmani dan Kesihatan



Subjek Khas
    Sains Komputer
    Kemahiran Berfikir
    Kemahiran Belajar
    Bahasa Arab

Subjek Menengah Atas
Subjek Teras       
    Bahasa Melayu
    Bahasa Inggeris
    Sejarah
    Pendidikan Islam/Moral
    Matematik
    Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
    English For Science Technology

Subjek Elektif    
    Matematik Tambahan
    Kimia
    Fizik
    Biologi
    Rekacipta
    Prinsip Akaun
    Teknologi Maklumat

Subjek Khas    
    Sains Komputer
    Senireka
    Keusahawanan
    Perkembangan Kerjaya & Kemahiran Berkomunikasi
    Kemahiran Berfikir
    Kemahiran Belajar

MRSM juga mengadakan program-program penghayatan akademik untuk mengukuhkan lagi kefahaman pelajar terhadap subjek yang dipelajari. Program-program ini juga merupakan aktiviti yang memberi peluang kepada pelajar untuk menggunakan daya kreativiti mereka selain daripada mengaplikasikan ilmu-ilmu yang telah dipelajari. Antara aktiviti-aktiviti tersebut ialah:

    Sambutan Hari Maulidur Rasul
    Sambutan Israk Mikraj
    Sambutan Hari Kemerdekaan
    Hari Alam Sekitar
    Pertandingan Bahas
    Pertandingan Biologi
    Kem Cuti  

    Minggu Kerjaya
    Pameran Seni Reka
    Minggu Usahawan
    Tunas Saintis
    Olympiad Matematik
    Pertandingan Hafaz Al-Quran.

2.    Program Perkembangan Sahsiah
Kurikulum ini dibentuk untuk menyokong pendidikan efektif yang menekankan pengenalan diri sebagai sebahagian daripada individu masyarakat. Ia merangkumi program-program pembangunan diri, aktiviti-aktivii keusahawanan, kokurikulum, persatuan/kelab,kem cuti, sukan dan permainan.


Contoh Aktiviti-Aktiviti Perkembangan Sahsiah :-
 Program-Program Pembangunan Diri   

    Kursus Jayadiri
    Program Penyesuaian Diri
    Program Pembangunan Kecerdasan Emosi
    Perkembangan Kerjaya
    Konsep Kendiri
    Etiket
    Latihan Temuduga

 Aktiviti Keusahawanan     

    Aktiviti Koperasi
    Penerbitan Majalah
    Program Usahawan Muda

 Persatuan dan Kelab  
    Persatuan Sains Sosial / Kemasyarakatan
    Persatuan Matematik
    Persatuan Seni Kreatif
    Kelab Pertukangan
    Kelab Kembara
    Kelab Fotografi

 Badan Beruniform  
    Kadet Bomba
    Persatuan Kadet Bersatu Malaysia (Darat & Laut)
    Pandu Puteri
    Kadet Polis
    Pengakap
    Seni Pertahanan Diri

 Kem Cuti    
    Kem Cuti Sains
    Kem Astronomi
    Kem Rekreasi Mendaki Gunung
    Kem Arkeologi Muda

 Sukan Dan Permainan  
    Kelab Bola Sepak
    Kelab Olahraga
    Kelab Sepak Takraw
    Kelab Catur
    Kelab Senamrobik
    Kelab Golf
    Kelab Kayak

3.    Program Pembangunan Bakat
Program Pembangunan Bakat MRSM adalah satu program pengayaaan yang diolah  berdasarkan The Enrichment Triad Model. Melalui program ini,  potensi dan  bakat pelajar dibangunkan dan diperkembangkan secara terancang dan sistematik untuk seluruh sekolah . Program dilaksanakan dalam tiga aras pengayaan seperti berikut :

    A.  Pengayaan Type I
    Pelajar diberi pendedahan kepada pelbagai disiplin, topik, isu, kerjaya,  peristiwa dan persekitaran yang biasanya tidak diberikan dalam kelas formal melalui aktiviti seperti ceramah, dialog, lawatan-lawatan, tayangan, pembacaan, penerokaan melalui internet dan lain-lain.  Pengalaman  dan penemuan melalui penerokaan ini membantu  pelajar mengenalpasti minat  dan bidang untuk penerokaan dan penyelidikan selanjutnya (Pengayaan Type III).

    B.  Pengayaan Type II
    Pengayaan berikutnya adalah aktiviti-aktiviti penerapan kemahiran dan emosi efektif . Semua pelajar diberikan kemahiran generik seperti proses pemikiran aras tinggi, cara belajar, membuat penyelidikan, komunikasi dan mendapatkan bahan.   Kemahiran khusus seperti analisis statistik data diberikan sekiranya diperlukan oleh pelajar dalam penyelidikannya. Oleh itu, pelajar-pelajar akan lebih bersedia dan berkeyakinan untuk mendalami sesuatu bidang atau topik.


    C.   Pengayaan Type III
    Berdasarkan minat dan persoalan bersesuaian, pelajar  menjalankan aktiviti penyiasatan dan menghasilan produk atau perkhidmatan yang ada impak ke atas audiens sebenar. Pelajar  befikir dan bertindak sebagai seorang  penyelidik profesional dan mengkaji satu masalah atau topik sebenar menggunakan kaedah-kaedah yang autentik. Melalui aktiviti pengayaan Type III, pelajar akan mempraktikkan kemahiran dan emosi efektif yang diterapkan melalui pengayaan Type II.
    SUMBER

Artikel keren lainnya:

Belum ada tanggapan untuk "Tiga Bidang Utama Kurikulum MRSM"

Posting Komentar