Saya bekerja di agensi kerajaan di mana tugas saya menyediakan kursus di jabatan. Tugas ini membuatkan saya berurusan dengan pihak luar yang menawarkan kursus berkaitan.
Segelintir pihak berkenaan menawarkan komisen dalam peratusan daripada jumlah mereka terima. Persoalannya, adakah ia rasuah atau komisen (halal) jika saya mengambil duit itu?
Untuk makluman, saya ada mengatakan jika ada atau tiada komisen, saya tak kisah. Namun polisi syarikat mereka mengatakan akan memberikan komisen kepada pihak yang berurusan.
Jika haram, duit yang sudah dimakan itu perlukah diganti balik atau bagaimana? Mohon penjelasan.
AMDAN
Batu Caves
Jawapan
Yang halal itu jelas halal dan haram itu jelas haram. Menjadi tanggungjawab saudara menyediakan kursus melalui pihak yang menawarkan kursus.
Tidak perlu sebarang komisen untuk tugas yang sememangnya menjadi tanggungjawab, bimbang ia akan mempengaruhi saudara dalam membuat keputusan.
Jika saudara menerima duit itu juga, gunakanlah kepada kebajikan umum dan bukan kepentingan diri. Ia lebih baik daripada terbabit dalam perkara kurang jelas - myMetro
Belum ada tanggapan untuk "Apakah Hukum Ambil Duit Komisen?"
Posting Komentar