Naib juara Piala FA 2013, Johor Darul Takzim (JDT) berada dalam laluan terbaik untuk menempah slot ke separuh akhir selepas mencatat kemenangan selesa 3-1 ke atas Kedah pada perlawanan suku akhir pertama di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, malam Rabu.
Tiga gol skuad 'Harimau Selatan' dijaringkan Mohd Amri Yahyah pada minit ke-14; Hariss Harun (21') dan pemain gantian, Luciano Figueroa dalam masa tambahan separuh masa kedua.
Gol sagu hati skuad 'Helang Merah' disumbangkan oleh Billy Osman Mehmet pada minit ke-23.
Bagaimanapun, perlawanan berkenaan dicemari layangan tiga kad merah yang dikeluarkan pengadil perlawanan, Syed Azhar Syed Kamar kepada kedua-dua pasukan.
Pemain JDT, Mohd Fazly Mazlan menjadi individu pertama menerima kad merah selepas melakukan kekasaran ke atas penyerang Kedah, Khyril Muhymeen Zambri pada minit ke-71.
Nasib malang turut menimpa pasukan pelawat selepas dua pemain mereka; Baddrol Bakhtiar dan Muhammad Syazwan Tajuddin diarah keluar padang selepas masing-masing menerima kad kuning kedua pada minit ke-75 dan 83.
Video Gol Perlawanan JDT Vs Kedah Piala FA 2014 Suku Akhir Pertama
Belum ada tanggapan untuk "Gol Perlawanan JDT Vs Kedah Piala FA 2014 Suku Akhir Pertama"
Posting Komentar