Berita baik untuk peminat kereta Honda Civic yang menantikan apakah bentuk kereta Civic baru generasi ke sepuluh yang dijangka dijual pada tahun 2016 nanti? Siapa tidak kenal kereta popular Honda Civic dari Jepun. Civic adalah model kereta kompak yang mula dikeluarkan pada Julai 1972 sebagai model kereta 2 pintu, disusuli dengan varian hatchback 3 pintu dan model 4 pintu. Gambar Kereta Honda Civic Generasi Baru Ke 10 Yang Menarik Dan Sporty
Model terawal menggunakan enjin 1169 cc pacuan roda hadapan manakala model terkini generasi kelapan dan kesembilan mempunyai 2 pilihan enjin iaitu 1.8L dan 2.0L. Honda Civic terus mengalami evolusi tersendiri sehinggakan generasi yang lebih terkini menonjolkan ciri-ciri mewah.Honda Civic adalah jenama kereta Jepun kedua paling lama bertahan di dalam pasaran selepas Toyota Corolla. Di Malaysia, model terkini Honda Civic dipasang di kilang Honda cawangan Malaysia di Alor Gajah, Melaka. Jika anda teringin sangat untuk mengetahui bagaimana bentuk atau rupa Honda Civic generasi seterusnya iaitu Generasi ke-10 Honda Civic, anda boleh lihat antara gambar-gambar menarik konsep Civic seperti di pameran kereta New York yang dikongsikan oleh Drebar.Astro Awani. Ianya memang kelihatan lebih menawan dan ‘sporty’, tetapi itu bukan perkara luar biasa bagi sebuah kereta konsep. Yang penting adalah Honda masih lagi mengekalkan intipati sebuah Civic – sebuah sedan segmen-C yang bergaya dan tidak kekok untuk membawa nama Type R ke hadapan.Generasi ke-10 Honda Civic yang bakal mendatang ini juga adalah yang pertama bagi pasaran Amerika Syarikat yang akan menerima enjin VTEC turbo menggunakan teknologi Earth Dreams. Bagi mereka yang tertanya-tanya, ini adalah kali pertama model Civic varian sedan dan coupe dibangunkan sepenuhnya oleh pasukan R&D yang berpengkalan di Amerika. Namun, harus diingat bahawa Honda/Acura NSX baharu juga diusahakan oleh pasukan jurutera (kebanyakannya) dari Amerika utara.
Dan kita tidak perlu tunggu terlalu lama sebelum Civic baharu ini muncul kerana siaran akhbar yang sama menyatakan bahawa ia akan dilancarkan di Amerika pada musim luruh nanti (pertengahan September hingga pertengahan November). Seperti yang dilihat dengan imej-imej rasmi awal dan gambar daripada pameran kereta New York,konsep Civic ini mempunyai tapak roda (wheelbase) yang panjang dan penambahan lebar.Gambar Kereta Honda Civic Generasi Baru Yang Sporty
Artikel keren lainnya:
Belum ada tanggapan untuk "Gambar Kereta Honda Civic Generasi Baru Yang Sporty"
Posting Komentar