Soalan Lazim FAQ Kemasukan Ke Tingkatan Enam 2015. Umum sedia maklum yang keputusan semakan tawaran kemasukan ke Tingkatan Enam (Form 6) 2015 telah diumumkan pada 15 April 2015 yang lalu. Anda boleh menyemak di Ting 6. Tahniah kepada yang berjaya tetapi untuk yang gagal, anda boleh membuat rayuan sehingga 4 Jun 2015. Panduan membuat rayuan di Rayuan Ting 6. Berikut adalah soalan-soalan lazim yang ditanya oleh pemohon untuk Kemasukan Murid Ke Tingkatan Enam: Soalan Lazim FAQ Kemasukan Ke Tingkatan Enam 2015
1. Adakah perlu memohon untuk masuk ke Tingkatan Enam Bawah selepas keputusan SPM diumumkan?
Tidak perlu. Lepasan SPM yang layak dan mencukupi syarat ke Tingkatan Enam akanditawarkan secara automatik. Semakan boleh dilakukan melalui laman web KPM dalam tempoh 30 hari bekerja selepas keputusan SPM diumumkan.
2. Bagaimana untuk mendapatkan Surat Tawaran Kemasukan ke Tingkatan Enam bagi tujuan pendaftaran masuk?
Surat tawaran boleh dimuat turun dan dicetak di halaman laman web KPM. Semua maklumat tawaran termasuk sekolah yang ditempatkan serta makluman yang perlu diberi perhatian akan dinyatakan dalam laman web dan surat tawaran yang dimuat turun
3. Apakah syarat-syarat kelayakan masuk ke Tingkatan Enam?
- Syarat am (kecuali Murid Bekeperluan Khas) adalah Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Melayu.
- Berumur di antara 17 hingga 20 tahun pada 1 Januari tahun 2015.
- Syarat khas mengikut jurusan boleh dirujuk di laman web KPM
4. Bagaimana mengira nilai wajaran unit mata kognat untuk kiraan bagi kemasukan ke Tingkatan Enam?
Wajaran Mata Gred Sijil Pelajaran Malaysia
5. Sekiranya ingin menukar jurusan yang ditawarkan. Bagaimanakah caranya?
Calon yang layak dikehendaki mendaftar di sekolah yang ditawarkan terlebih dahulu. Kemudian, lengkapkan Borang Permohonan Rayuan Tukar Jurusan Tingkatan Enam (T6BRTJ) di sekolah tersebut - dapatkan pengesahan Pengetua. Pastikan alasan yang
diberikan untuk bertukar jurusan adalah kukuh dan boleh diterima oleh Panel Jawatankuasa
Rayuan. Alasan ‘Tidak Berminat' dan seumpamanya tidak diterima. Hantar borang T6BRTJ yang telah lengkap ke Jabatan Pendidikan Negeri melalui sekolah masing-masing. Patuhitarikh tutup yang ditetapkan bagi penghantaran dokumen. Permohonan yang layak dipertimbangkan adalah tertakluk kepada kekosongan tempat di Sekolah Pusat Tingkatan Enam.
6. Sekiranya jumlah mata kognat melebihi sepatutnya (tidak layak), bolehkah merayu untuk masuk ke Tingkatan Enam?
Anda boleh membuat permohonan rayuan dengan menggunakan Borang Rayuan Kemasukan Ke Tingkatan Enam Tahun 2015 Bagi Calon Sekolah Kerajaan Berdasarkan Pencapaian Kokurikulum (T6BKK) melalui sekolah asal di mana SPM diambil. Patuhi syarat-syarat yang ditetapkan pada borang tersebut. Patuhi tarikh tutup yang ditetapkan bagi penghantaran dokumen Permohonan yang layak dipertimbangkan adalah tertakluk kepada kekosongan tempat di Sekolah Pusat Tingkatan Enam. Hantar borang yang lengkap melalui sekolah kepada:
(a) Jabatan Pendidikan Negeri / Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) untuk Sekolah Menengah Harian, Sekolah Menengah Teknik dan Program Pendidikan Khas Integrasi
(b) Bahagian Pendidikan Islam untuk SMKA, Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) dan
Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu.
(c) Bahagian Pendidikan Khas untuk Sekolah Menengah Pendidikan Khas
7. Bolehkah lepasan SPM dari calon persendirian/ sekolah swasta/ Sekolah Menengah Agama Negeri memohon untuk masuk ke Tingkatan Enam di sekolah kerajaan?
Anda boleh membuat permohonan dengan menggunakan Borang Permohonan Kemasukan
Tingkatan Enam Tahun 2015 Bagi Calon Persendirian, Sekolah Swasta & Sekolah
Menengah Agama Negeri (T6BCP). Patuhi syarat -syarat yang ditetapkan pada borang tersebut. Permohonan yang layak dipertimbangkan adalah tertakluk kepada kekosongan tempat di Sekolah Pusat Tingkatan Enam. Borang yang lengkap disi hendaklah dikembalikan kepada:
(a) Jabatan Pendidikan Negeri / Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) untuk Sekolah
Menengah Harian, Sekolah Menengah Teknik dan Program Pendidikan Khas Integrasi
(b) Bahagian Pendidikan Islam untuk SMKA, Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) dan
Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu.
(c) Bahagian Pendidikan Khas untuk Sekolah Menengah Pendidikan Khas
8. Seseorang yang telah ditawarkan ke Tingkatan Enam tetapi berhasrat untuk bertukar sekolah pusat atas sebab-sebab tertentu, seperti mata pelajaran yang ingin diambil tidak ditawarkan di sekolah tersebut dan sebagainya; bagaimanakah caranya?
Sila buat permohonan pertukaran murid secara biasa iaitu mengisi Borang PU(A) 275 Jadual Ketiga [Permohonan Untuk Bertukar Sekolah Oleh Murid Warganegara]. Serahkan borang tersebut kepada Bahagian (kecuali Sekolah Menengah Harian dan Sekolah Menengah Teknik) / Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)/ Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) masing-masing untuk pertimbangan. Sekiranya pertukaran melibatkan pertukaran daerah / negeri, serahkan borang kepada JPN/ PPD di daerah sekolah yang ingin diMohon itu berada.
(a) Jabatan Pendidikan Negeri / Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) untuk Sekolah
Menengah Harian, Sekolah Menengah Teknik dan Program Pendidikan Khas Integrasi
(b) Bahagian Pendidikan Islam untuk SMKA, Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) dan
Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu.
(c) Bahagian Pendidikan Khas untuk Sekolah Menengah Pendidikan Khas
9. Saya bukan warganegara Malaysia. Apakah prosedur permohonan untuk ke Tingkatan Enam?
Bagi murid bukan warganegara ke Tingkatan Enam adalah merujuk kepada seksyen 130 Akta Pendidikan 1996 Peraturan-peraturan Pendidikan (Penerimaan Masuk Murid ke Sekolah, Penyimpanan Daftar dan Syarat Bagi Pengekalan Murid Belajar Di Sekolah) 1998 serta tertakluk kepada syarat am yang telah ditetapkan. Anda boleh membuat permohonan dengan mengisi borang P.U(A)275-Jadual Pertama yang boleh diperoleh di Unit Perhubungan dan Pendaftaran, Sektor Pengurusan Sekolah, JPN (Sila lihat Rujukan 2).
Pastikan segala butiran diisi dengan lengkap. Dokumen - dokumen yang diperlukan perlu disahkan seperti Surat Beranak murid, kad pengenalan murid, ibu dan bapa serta paspot murid, ibu dan bapa. Jika ibu bapa murid bekerja di negara ini, sila kemukakan bersama salinan pas pengajian, salinan pas tanggungan dan surat majikan yang telah disahkan.
Sekiranya permohonan bukan dari ibu bapa murid, sila kemukakan dokumen-dokumen sendiri yang telah disahkan (surat beranak murid, kad pengenalan murid, ibu dan bapa, serta paspot murid, ibu dan bapa) dan salinan surat keterangan hubungan dengan murid tersebut yang telah ditentusahkan
10. Saya terima tawaran ke Tingkatan Enam tetapi tiada penempatan. Apa yang harus saya lakukan?
Anda perlu segera ke JPN untuk maklumat lanjut.
11. Apakah pakaian murid Tingkatan Enam?
Boleh dengan berpandukan kepada Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 2 Tahun 2014 Etika Pakaian Murid Tingkatan Enam. Pakaian murid lelaki ialah baju kemeja berseluar panjang lengkap dengan kasut dan stoking. Pakaian murid perempuan ialah baju kurung, gaun, gaun abuh/ jenis jubah/ maksi, two-piece/ three piece suit pants lengkap dengan kasut atau pakaian tradisional kaum masing-masing yang bersesuaian dan lengkap. Sebarang pakaian yang menggunakan material jenis denim tidak dibenarkan. Jeans, cargo pants, seluar pendek, atau leggings tidak dibenarkan. Apa-apa pakaian yang menutup muka tidak dibenarkan. Murid dilarang memakai kemeja-T semasa menghadiri kelas. Murid hendaklah berpakaian kemas, sopan dan tidak mencolok mata. Pakaian yang jarang dan ketat juga tidak dibenarkan. Walau bagaimanapun, murid juga boleh mengenakan pakaian seragam sekolah sekiranya perlu (hak memilih terletak kepada murid).
12. Saya telah menolak tawaran Matrikulasi/IPTA/IPTS, bolehkah saya memohon ke Tingkatan Enam?
Calon yang menolak tawaran Matrikulasi/IPTA/IPTS boleh membuat rayuan ke Jabatan Pendidikan Negeri berkenaan menggunakan borang T6BRU. Borang permohonan yang lengkap hendaklah dihantar ke Jabatan Pendidikan Negeri sebelum tarikh yang telah ditetapkan. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan permohonan anda tidak dipertimbangkan.
13. Saya tidak menamatkan pengajian di Matrikulasi/IPTA/IPTS, bolehkah saya merayu untuk masuk ke Tingkatan Enam?
Calon tidak menamatkan pengajian di Matrikulasi/IPTA/IPTS boleh membuat rayuan ke
Jabatan Pendidikan Negeri berkenaan menggunakan borang T6BRU. Borang permohonan yang lengkap hendaklah dihantar ke Jabatan Pendidikan Negeri selewat-lewatnya pada 4 Jun 2015. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan permohonan anda tidak dipertimbangkan.
14. Saya telah ditawarkan ke Tingkatan Enam, bolehkah saya memohon penangguhan kerana kerjaya/kursus/masalah peribadi/kesihatan?
Tiada penangguhan/ pengulangan untuk masuk ke Tingkatan Enam. Calon hanya boleh masuk ke Tingkatan Enam bermula dengan Penggal Satu (1) setiap tahun. Jika anda tidak menerima pada tawaran pada tahun semasa, bermakna anda menolak tawaran tersebut. Bagi calon yang menolak tawaran pada tahun semasa anda boleh membuat permohonan rayuan memasuki Tingkatan Enam pada tahun berikutnya tertakluk kepada syarat am dan syarat khas yang telah ditetapkan serta kekosongan tempat di Sekolah Pusat Tingkatan Enam
15. Saya calon Sekolah Integriti bolehkah saya memohon untuk ke Tingkatan Enam?
Permohonan ke Tingkatan Enam boleh dimohon menerusi Sekolah Integriti masing-masing dan tertakluk di bawah kawalan Kementerian Dalam Negeri.
Belum ada tanggapan untuk "Soalan Lazim FAQ Kemasukan Ke Tingkatan Enam 2015"
Posting Komentar