Tarikh PRK Rompin Pahang 5 Mei 2015. Nampaknya Malaysia akan ada dua pilihanraya kecil kerusi Parlimen pada bulan Mei 2015 nanti apabila Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menetapkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin akan diadakan pada 5 Mei 2015. Hari penamaan calon pula adalah pada 22 April 2015. Perkara itu diumumkan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof di ibu pejabat SPR di Putrajaya sebentar tadi. Abdul Aziz berkata, tarikh pengundian awal pula ditetapkan pada 30 April ini. Sebanyak 42 pusat mengundi akan dibuka bagi tujuan pengundian. Sebelum ini SPR telah menetapkan PRK Parlimen Permatang Pauh, Pulau Pinang akan diadakan seperti tarikh berikut :- Tarikh PRK Parlimen Permatang Pauh 2015 Pulau Pinang
Hari Pengundian - 7 Mei 2015
Hari penamaan calon - 25 April 2015
Pengundian awal - 3 Mei 2015
Tarikh PRK Rompin Pahang 5 Mei 2015. Untuk makluman, jumlah pengundi bagi Parlimen Rompin adalah 53,294 orang. SPR akan menggunakan Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Rompin sebagai pusat penamaan calon dan pusat penjumlahan undi rasmi. PRK Rompin diadakan berikutan kematian penyandangnya, Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis dalam nahas helikopter di Semenyih, baru-baru ini. Nahas itu turut mengorbankan lima yang lain, termasuk Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Azlin Alias dan pengawal peribadi Jamaluddin, Razkan Seran.
SPR pada mulanya bercadang untuk mengadakan PRK itu serentak dengan PRK Permatang Pauh pada 7 Mei, namun diputuskan supaya diadakan dua hari lebih awal kerana 7 Mei adalah Hari Hol bagi negeri Pahang. "Hari Hol adalah cuti umum bagi negeri Pahang dan banyak program penting diadakan membabitkan kerabat diraja, pihak istana serta ketua jabatan, justeru 7 Mei adalah tidak sesuai (diadakan PRK Rompin). "Selain itu, tiada halangan untuk mengadakan PRK itu lebih awal dari PRK Permatang Pauh asalkan ia mematuhi syarat," katanya - BH online
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI
Artikel keren lainnya:
Belum ada tanggapan untuk "Tarikh PRK Rompin Pahang 5 Mei 2015"
Posting Komentar