Panduan Pendaftaran Perniagaan Baru Di SSM Secara Online. Berikut disertakan panduan dan cara mendaftar perniagaan atau bisnes baru di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) secara online dengan mudah dan pantas seperti dikongsikan dari Panduan SSM. Permohonan daftar syarikat boleh di buat di kaunter SSM atau secara online di melalui perkhidmatan e-Lodgement di laman web SSM di www.ssm.com.my. Cara Mendaftar Perniagaan Baru Di SSM Secara Online
Perniagaan meliputi tiap-tiap bentuk trade, perdagangan, pertukangan, pekerjaan, profesion atau aktiviti-aktiviti lain yang dijalankan bagi maksud-maksud mendapat keuntungan, tetapi tidak meliputi apa-apa jawatan atau penggajian atau apa-apa pengusahaan amal atau apa-apa kerja yang dinyatakan dalam jadual di bawah peruntukan Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (APP 1956). Perniagaan Online juga tidak terkecuali dan perlu didaftarkan.Perniagaan yang boleh didaftarkan di bawah APP 1956 hanya perniagaan beroperasi di Malaysia Barat iaitu meliputi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan dan bentuk perniagaan adalah seperti berikut: Bentuk Perniagaan
1. Perniagaan Milik Tunggal - perniagaan dimiliki sepenuhnya olehseorang pemilik.2. Perniagaan Perkongsian - perniagaan dimiliki oleh sekurang-kurangnya dua (2) orang dan tidak melebihi daripada dua puluh (20) rakan kongsi. Prosedur Dan Cara-Cara Pendaftaran Perniagaan Syarikat Di SSM
1. Pendaftaran boleh didaftarkan menggunakan nama sendiri atau nama‘Tred’. a) Nama sendiri menggunakan nama seperti di dalam kad pengenalan tidak perlu memohon kelulusan nama perniagaan.Contoh: Ruslan bin Mohamed, Siow Ah Thai, Ramasamy a/l Mutusamyb) Nama Tred ialah nama perniagaan yang dicadangkan dan perlu mendapat kelulusan daripada Pendaftar Perniagaan, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) terlebih dahulu. Contoh: Kedai Dobi Mewah, Lucky Star Catering, ABS Unggul Enterprise.2. Lengkapkan Borang Pendaftaran Perniagaan Baru (Borang A) dengan mengisi maklumat seperti berikut :
a) Nama perniagaan b) Tarikh permulaan perniagaan c) Alamat utama perniagaan d) Alamat cawangan perniagaan (jika ada)e) Maklumat pemilik dan rakan kongsif) Jenis perniagaan yang akan dijalankan g) Kemukakan salinan perjanjian perkongsian (jika ada)3. Pemilik dan rakan kongsi hendaklah menandatangani di ruangan maklumat pemilik dan di ruangan pengesahan oleh pemilik tunggal/ rakan kongsi. 4. Orang Yang Bertanggungjawab (OYB) iaitu pemilik atau rakan kongsi perlu mengemukakan permohonan di kaunter SSM atau secara online melalui perkhidmatan e-Lodgement di laman web SSM di www.ssm.com.my.5. Dokumen yang perlu dilampirkan:a) Salinan kad pengenalan pemilik/rakan kongsib) Surat Kebenaran atau Surat Sokongan bagi jenis perniagaan Taska (Jabatan Kebajikan Masyarakat), Tadika, Pusat Tuisyen, Sekolah/Kolej Pendidikan (Kementerian/Jabatan Pendidikan)c) Surat kebenaran atau sokongan daripada agensi berkaitan sekiranya diperlukan oleh Pendaftar Perniagaan Syarat Pendaftaran Perniagaan
1. Pemilik mestilah Warganegara Malaysia atau Penduduk Tetap 2. Pemilik mestilah berumur 18 tahun ke atas3. Pemilik/rakankongsi sahaja dibenarkan untuk membuat permohonan.
Fi Pendaftaran
1. Perniagaan pemilikan tunggal menggunakan nama sendiri seperti di kad pengenalan – RM30.00 2. Perniagaan pemilikan tunggal atau perniagaan perkongsian menggunakan nama tred - RM60.00 3. Pendaftaran cawangan – RM5.00 setiap cawangan 4. Cetakan Maklumat Perniagaan – RM10.00 Panduan Am
1. Perniagaan telah dijalankan dan didaftarkan tidak lewat dari 30 hari dari tarikh permulaan perniagaan
2. Pendaftaran baru perniagaan boleh dibuat bagi jangkamasa satu (1) tahun dan tidak melebihi lima (5) tahun pada setiap pendaftaran.
3. Jenis perniagaan yang didaftarkan tidak menyalahi undang-undang, tidak bersesuaian dengan keselamatan persekutuan, ketenteraman awam atau prinsip moral.
4. Perakuan Pendaftaran Perniagaan boleh diperolehi dalam masa satu (1) jam dari waktu pembayaran dibuat.
5. Seseorang yang menjalankan perniagaan tanpa mendaftarkan perniagaan adalah melakukan suatu kesalahan di bawah Akta Pendaftaran perniagaan 1956 dan jika disabit kesalahan dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua (2) tahun atau kedua-duanya.
6. Pemilik perniagaan bertanggungjawab untuk mendapat lesen, permit atau surat kebenaran sewajarnya daripada pihak berkuasa yang berkaitan bagi jenis/aktiviti perniagaan yang dijalankan walaupun pendaftaran perniagaan tersebut telah didaftarkan di SSM.
Artikel keren lainnya:
Belum ada tanggapan untuk "Panduan Mendaftar Perniagaan Baru Di SSM Secara Online"
Posting Komentar