Peraturan Dan Skema Peperiksaan STPM 2016. Berikut disertakan peraturan dan skema peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun 2016 sebagai panduan kepada pelajar yang menghadapi peperiksaan STPM 2016 ini.
Syarat Kelayakan untuk Menduduki Peperiksaan STPM 2016
1.1 Calon yang mempunyai satu daripada kelayakan yang berikut, termasuk lulus Bahasa Melayu* dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), layak menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). (a) SPM tahun 1999 atau tahun-tahun sebelumnya
(b) SPM (Vokasional)
(c) Malaysia Certificate of Education (MCE)
(d) Federation of Malaya Certificate of Education
(e) Cambridge School Certificate
(f) GCE/SAP (Malaysia atau Cambridge dengan tiga kelulusan peringkat biasa** yang diperoleh dalam satu peperiksaan)
(g) SPM tahun 2000 hingga tahun 2015 yang diperoleh dalam satu peperiksaan dengan mendapat
Nak Lulus Cemerlang Dalam Exam MUET? Klik Sini! (i) sekurang-kurangnya gred C bagi tiga mata pelajaran, atau
(ii) sekurang-kurangnya gred C bagi dua mata pelajaran dan lulus empat mata pelajaran
1.2 Calon yang mempunyai mana-mana kelayakan luar negara yang setaraf dengan SPM hendaklah terlebih dahulu memohon kebenaran untuk mengambil peperiksaan STPM daripada Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM)
* Calon yang memenuhi syarat (g) tetapi gagal Bahasa Melayu boleh menggunakan keputusan lulus Bahasa Melayu yang diambil dalam peperiksaan SPM Ulangan. Calon yang berasal dari luar negara dikecualikan daripada syarat lulus Bahasa Melayu peringkat peperiksaan SPM.
** Kelulusan peringkat biasa GCE/SAP bermakna kepujian pada peringkat SPM/MCE
Pendaftaran Masuk Peperiksaan
2.1 Pengumuman tentang tarikh pendaftaran dibuka dan tarikh pendaftaran ditutup akan dibuat melalui akhbar tempatan dan Kalendar Peperiksaan STPM Tahun 2016 pada portal Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) di http://www.mpm.edu.my pada bulan April 2015.
2.2 Calon yang mengambil peperiksaan ini terbahagi kepada lima jenis seperti yang berikut:
(a) Calon jenis 1, iaitu calon sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan
(b) Calon jenis 2, iaitu calon sekolah swasta
(c) Calon jenis 3, iaitu calon persendirian individu
(d) Calon jenis 7, iaitu calon sekolah kerajaan negeri
(e) Calon jenis 8, iaitu calon sekolah integriti
2.3 Semua calon jenis 1, 7, dan 8 dikehendaki mendaftar sekali sahaja, iaitu dalam penggal 1, untuk menduduki peperiksaan STPM bagi ketiga-tiga penggal. Calon dibenarkan mengambil hingga lima mata pelajaran termasuk Pengajian Am.
2.4 Calon jenis 1,7, dan 8 tidak boleh menukar status jenis calon ke jenis 2 (sekolah swasta) atau jenis 3 (persendirian individu) tanpa kebenaran.
Calon mesti menulis surat kepada MPM memaklumkan perkara ini.
Disebabkan yuran STPM adalah percuma kepada calon jenis 1, 7, dan 8, maka calon yang ingin menukar status ke jenis 2 atau jenis 3 MESTI membayar yuran ke MPM dahulu.
2.5 Calon jenis 2 dan 3 boleh mendaftar pada penggal 1 atau penggal 2. Jika calon jenis 2 dan 3 ini membuat pendaftaran pada penggal 2, calon boleh memilih untuk menduduki peperiksaan pada penggal tersebut atau menduduki semua peperiksaan bagi kertas bertulis pada penggal 3.
Bagi kertas peperiksaan bertulis pada penggal 1 yang telah berlangsung, calon mesti mendudukinya pada penggal 3 sebagai calon ulangan penggal 1 STPM 2016.
2.6 Bayaran yuran* untuk mengambil peperiksaan ini adalah seperti yang berikut:
(a) Yuran Asas RM120.00
(b) Yuran setiap mata pelajaran RM90.00
(c) Caj mengulang peperiksaan bertulis per kertas RM50.00
Nota:*Calon sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan dikecualikan
daripada membayar yuran STPM. Walau bagaimanapun, semua calon yang ingin mengulang peperiksaan bertulis sesuatu penggal akan dikenakan caj
sebanyak RM50.00 per kertas
Artikel keren lainnya:
Belum ada tanggapan untuk "Peraturan Dan Skema Peperiksaan STPM 2016"
Posting Komentar