Mengetuai senarai pemenang adalah penyandang jawatan PRESIDEN iaitu Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menewaskan Ahmad Awang dengan majoriti 695 undi. Beliau mendapat sebanyak 928 undi manakala Ahmad Awang mendapat 233 undi. Jawatan TIMBALAN PRESIDEN telah menyaksikan penyandang Mohamad Sabu, tewas kepada Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang menang dengan majoriti 602 undi.
Pemilihan barisan Pemuda PAS juga menyaksikan penguasaan kumpulan Pro Ulama apabila Ahli Parlimen Pasir Mas Nik Abduh Nik Abdul Aziz (429 undi) mengalahkan penyandang Suhaizan Kaiat (262 undi) dengan majoriti 167 undi.
Bagi jawatan Timbalan Ketua Pemuda dan Naib Ketua Pemuda, masing- masing Muhammad Khalil Abdul Hadi dan Khairil Nizam Khirudin mengekalkan jawatan mereka. Khalil, yang juga merupakan anak kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, mendapat 435 undi, menewaskan pencabarnya Raja Ahmad Iskandar Raja Yaacob yang memperoleh 257 undi.
Keputusan penuh pemilihan PAS 2015- 2015 boleh dilayari di Muktamar PAS 2015.

Belum ada tanggapan untuk "Kumpulan Pro Ulama Menang Besar Di Pemilihan PAS 2015"
Posting Komentar