Beranda · Cek Resi POS · Cek Resi JNE · EMS Pos Indonesia

Berita Terkini Rozaimi Abdul Rahman Kemalangan Di KK 6 Julai 2015

Berita Terkini Rozaimi Abdul Rahman Kemalangan Di Kota Kinabalu Sabah 6 Julai 2015. Penyerang skuad Liga Perdana Sabah, Rozaimi Abdul Rahman cedera parah selepas kereta Honda Civic dinaikinya terbabas dan merempuh pokok di Batu 3.5 Jalan Tuaran Lama, Kota Kinabalu pada jam 1.40 tengah hari tadi menurut BH online. Beliau bersama seorang lagi yang dikenali sebagai Awangku Farris (anak saudara Rozaimi), Penjaga gol pasukan Sabah semasa kemalangan.
Rozaimi kemalangan
Dikhabarkan yang keadaan Rozaimi , 23 tahun agak parah dan marilah kita sama-sama mendoakan Rozaimi dan raannya selamat dan cepat sembuh. Amin....Beliau kini dirawat di Hospital Queen Elizabeth, KK di Unit ICU.
* Al - Fatihah buat Awangku Mohd Farris Mahamud yang telah meninggal dunia selepas teribat kemalangan bersama dengan Rozaimi hari ini 
rozaimi kemalangan
Berita Terkini
7 Julai 2015 - Pemain Sabah, Rozaimi Abd Rahman yang parah selepas terbabit dalam kemalangan maut di Jalan Tuaran, di sini, tengahari semalam, sudah sedar dan boleh bertutur. Ketika ditemui di bilik rawatannya di Hospital KPJ Sabah di sini, hari ini, penyerang berusia 23 tahun itu menjawab 'ok' sambil menunjukkan isyarat ibu jarinya sebagai tanda 'bagus'. 

"Tolong bagi tahu kawan-kawan supaya lakukan yang terbaik untuk Sabah," antara kata-kata yang sempat keluar dari mulutnya kepada ketua jurulatih, Mike Mulvey. SUMBER


Artikel keren lainnya:

Belum ada tanggapan untuk "Berita Terkini Rozaimi Abdul Rahman Kemalangan Di KK 6 Julai 2015"

Posting Komentar