Biodata Janna Nick Pelakon Drama Syurga Nur Slot Akasia TV3
Sebenarnya, Janna Nick telah berlakon beberapa drama dan telefilem dan beliau bukanlah asing di industri hiburan tanahair kerana telah memulakan kerjaya awal dengan menjayakan iklan komersial dan video korporat ketika berusia dalam lingkungan lima hingga tujuh tahun![]() |
Janna Nick |
Telefilem pertama beliau adalah Ikatan ditayangkan di saluran RTM diikuti oleh telefilem Cinta Vlog untuk TV9 dan selepas tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), si cantik manis ini berpeluang beraksi dalam drama bersiri Jodoh.
Memperoleh keputusan cemerlang pada peperiksaan SPM dengan 6A 2B+ namun beliau yang mendapat tawaran menyambung pelajaran ke Universiti Teknologi Mara Malaysia (UiTM) Arau telah menolaknya.
Berikut adalah serba sedikit biodata ringkas Janna Nick :-
- Nama Sebenar : Nurul Jannah Binti Muner
- Tarikh Lahir : Tahun 1995
- Asal : Sungai Petani, Kedah
- Umur : 20 Tahun (2015)
- Berdarah kacukan : Cina, Pakistan dan Thai
- Pendidikan : Bekas Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Bukit Nanas, Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Pendang dan Sekolah Harian di Danau Kota, KL
Laman Sosial
Twitternya https://twitter.com/jannanick95Instagram https://instagram.com/jannanick

Belum ada tanggapan untuk "Biodata Janna Nick Pelakon Drama Syurga Nur Slot Akasia TV3"
Posting Komentar