Beranda · Cek Resi POS · Cek Resi JNE · EMS Pos Indonesia

Jadual Cadangan Waktu Perjalanan TTA PLUS Hari Raya Aidilfitri 2015

Jadual Cadangan Waktu Perjalanan TTA PLUS Sempena Hari Raya AIdilfitri 2015. Berikut adalah Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) PLUS untuk perjalanan di Lebuhraya Utara-Selatan pada Hari-Hari Puncak Hariraya Aidilfitri 2015 iaitu di antara 16 Julai hingga 20 Julai 2015 ini.

TTA merupakan pendekatan PLUS untuk mengagihkan trafik dan mengurangkan kesesakan di laluan-laluan utama lebuh raya, plaza tol dan kawasan rehat. Ia adalah berdasarkan kajian PLUS terhadap pola perjalanan orang ramai pada musim-musim perayaan yang lalu.
Orang ramai yang menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan pada Hari-Hari Puncak supaya mengikuti TTA.

TTA PLUS Hari Raya Aidilfitri 2015
Orang ramai juga dinasihatkan supaya mendapatkan maklumat trafik terkini di Lebuhraya Utara-Selatan menerusi perkhidmatan Twitter PLUSTrafik, aplikasi PLUS Mobile Apps, talian PLUSLine 1800 88 0000, papan tanda elektronik di lokasi-lokasi terpilih serta mengikuti laporan trafik terkini menerusi siaran-siaran radio utama negara.

TTA Plus aidilfitri 2015
 Sumber BH online

Artikel keren lainnya:

Belum ada tanggapan untuk "Jadual Cadangan Waktu Perjalanan TTA PLUS Hari Raya Aidilfitri 2015"

Posting Komentar