Perkara yang Sunat ketika Berpuasa
1 . Bersahur dan mengakhirkan sahur.
Bersahur merupakan amalan sunat berdasarkan hadis yang diriwayatkan daripada Anas Radhiyallah Anhu, bahawa Nabi Shallallahu Alaihi Wasallam bersabdaErtinya: “Bersahurlah kamu kerana sesungguhnya sahur itu ada keberkatan”. (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Sahur adalah berkat kerana ia membantu menguatkan orang yang berpuasa.
Waktu bersahur ialah bermula pada pertengahan malam hingga terbit fajar namun disunatkan mengakhirkan waktu bersahur.
Diriwayatkan daripada Zaid bin Thabit bahawa beliau berkata
Ertinya: “Kami telah bersahur bersama Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam, kemudian kami bangkit untuk solat (subuh), dan kadar antara azan (subuh) dan sahur ialah sekadar (bacaan) lima puluh ayat.
(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Seseorang itu sudah dikira bersahur walaupun dengan minum seteguk air. Sabda Nabi Shallallahu Alaihi Wasallam:
Ertinya: “Sahur itu berkat, maka janganlah kamu tinggalkannya walaupun seorang antara kamu (hanya) meneguk seteguk air
2. Mempercepatkan berbuka puasa apabila terbenamnya matahari.
Sabda Rasulullah Shallallahu Alaihi WasallamErtinya: “Kekallah umatku dengan kebaikan sebagaimana mereka mempercepatkan berbuka puasa”. (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Begitu juga disunatkan berbuka puasa dengan tamar. Sekiranya tiada tamar maka sunat dengan air. Sunat juga berdoa ketika berbuka. Antara doa Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam ketika berbuka ialah:
3. Sunat beriktikaf sepanjang bulan Ramadhan khususnya pada sepuluh hari terakhir Ramadhan.
4. Tidak melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan kehendak dan tujuan puasa.
Puasa bukanlah sekadar menahan diri daripada makan dan minum, tetapi juga menahan diri dari melakukan perkara-perkara yang ditegah oleh Allah sama ada berupa iktikad, perbuatan atau pertuturan.Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam bersabda:
Ertinya: “Sesiapa yang tidak meninggalkan kata-kata dusta dan mengamalkannya maka Allah tidak berhajat pada apa yang dia tinggalkan daripada makanan dan minumannya.” (Hadis riwayat al-Bukhari)
Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam juga memerintahkan kepada orang yang berpuasa sekiranya berhadapan dengan celaan atau permusuhan maka hendaklah dia sabar dan berkata: ‘Aku berpuasa”.
5. Tadarus al-Quran.
Jibrail Alaihis Salam bertadarus al-Quran dengan Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam pada setiap nalam sepanjang bulan Ramadhan.Perkara yang Harus ketika Berpuasa
1 . Menjirus kepala
Ini kerana terdapat hadis yang mengharuskan orang yang berpuasa berbuat demikian. Antaranya hadis yang diriwayatkan oleh Abu Bakar bin Abdul Rahman di mana sesetengah sahabat Nabi Shallallahu Alaihi Wasallam menceritakan kepadanya bahawa mereka berkata:Ertinya: “Sesungguhnya aku telah melihat Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam menjirus air ke atas kepalanya dan baginda berpuasa, (demikian itu) kerana dahaga atau kerana kepanasan”. (Hadis riwayat Ahmad, Malik dan Abu Daud)
2. Menitikkan sesuatu ke dalam mata sama ada rasanya boleh dirasai di halkum atau tidak.
Ini kerana mata bukanlah lubang rongga yang berhubung dengan halkum. Pendapat inilah yang dipegang di dalam Mazhab Syafie dan Ibli Munzir menghikayatkan pendapat yang sama dari Abu Hanifah, Atha’, Hassan, an-Nakhaie serta al-Auzai’e. Inilah juga pendapat Daud az-Zahiri3. Makan, minum dan berjimak di malam hari sehingga terbit fajar.
Harus juga kepada orang yang berpuasa mengakhirkan mandi junub sehingga selepas terbit fajar. Begitu juga kepada wanita yang datang haid dan nifah, adalah harus melewatkan mandi wajib sehingga selepas terbit fajar walaupun darahnya berhenti pada malam hari.4. Merasai makanan tanpa menelannnya.
Ulama-ulama Mazhab Syafie berpendapat bahawa sekiranya seseorang berhajat untuk merasai makanan seperti untuk diberikan kepada anaknya yang kecil, maka harus dilakukan kerana dharuriah.Kata Iman Ahmad bin Hanbal: “Aku lebih suka jika dapat dihindari daripada merasai makanan, tetapi sekiranya dilakukan maka tidaklah mengapa”
Perkara yang Makruh ketika Berpuasa
1 . Berkumur-kumur dan memasukkan air ke dalam hidung ketika berwuduk secara berlebih-lebihan.
Imam asy-Syafie dan sahabat-sahabat dalam Mazhad telah sepakat bahawa disunatkan kepada orang yang berpuasa berkumur-kumur dan membasuh hidung ketika beruduk tetapi makruh berlebih-lebihan. Pendapat yang paling sahih dalam Mazhad Syafie ialah sekiranya berlebih-lebihan ketika melakukannya hingga menyebabkan air masuk ke dalam rongga makabatal puasa berdasarkan hadis:
Ertinya: “Apabila engkau membasuh hidung (ketika berwuduk) maka buatlah bersungguh-sungguh kecuali ketika engkau berpuasa”.
2. Menyambung puasa seperti tidak berbuka selama dua hari berturut-turut.
Hukumnya adalah makruh menurut Jumhur Ulama’. Manakala pendapat paling sahih dalam Mazhad Syafie pula ialah hukumnya haram.
3. Bagi suami isteri yang berada pada peringkat usia muda, adalah makruh mencium isteri kerana takuti akan merangsang naluri dan membawa kepada perkara yang membatalkan puasa.
4. Makruh bersiwak (berus gigi) selepas gelincir matahari menurut Iman asy-Syafie dan Ahmad.
SUMBER : Islam.gov

Belum ada tanggapan untuk "Perkara Yang Sunat Dan Makruh Ketika Berpuasa"
Posting Komentar