Penganjur perlumbaan, GT Global Race (M) Sdn Bhd dalam kenyataan hari ini yang dipetik dari BH online, berkata satu litar sementara yang mendapat kelulusan Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) akan dibina di beberapa jalan terlibat.
Pembinaan dilakukan pada Khamis dari 10 malam hingga 6 pagi hari berikutnya. Berikut adalah senarai nama jalan yang akan ditutup sempena perlumbaan Grand Prix KL yang akan berlangsung pada 7 hingga 9 Ogos 2015 :-
- Jalan Ampang
- Jalan Sultan Ismail
- Jalan Raja Chulan
- Jalan Perak
- Jalan P Ramlee
Untuk maklumat lanjut berkenaan perlumbaan GP KL 2015 ini termasuk lokasi, aturcara, harga tiket dan sebagainya boleh layari di GP KL 2015
Sepanjang tiga hari itu, mulai 6 pagi, kontraktor akan menutup jalan terlibat dan akses ke bangunan yang terdapat di sepanjang jalan berkenaan secara berperingkat. Menjelang 7.30 pagi, semua kenderaan awam dan bukan kenderaan perlumbaan tidak dibenarkan menggunakan atau berada di jalan terlibat.
Untuk makluman, litar perlumbaan Grand Prix KL sementara ini akan bermula di hadapan Suria KLCC, bersebelahan Menara Berkembar PETRONAS, membabitkan jarak 3.2 kilometer. Pelumba akan menggunakan Jalan Ampang, Jalan Sultan Ismail, Jalan Raja Chulan, Jalan Perak dan kembali ke Jalan P Ramlee. Lebih 100,000 orang dijangka menyaksikan perlumbaan yang dianjurkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan GT Global Race (M) Sdn Bhd.

Belum ada tanggapan untuk "Senarai Jalan Yang Ditutup Sempena Perlumbaan Grand Prix KL 2015"
Posting Komentar