Senarai model Honda terbabit adalah seperti berikut :-
- City (Tahun pembuatan 2006-2012)
- Civic (2006-2011)
- Civic Hybrid (2007-2011)
- CR-V (2007-2011)
- Insight (2011-2012)
- Jazz (2009-2012)
- Stream (2007-2012)
"Langkah proaktif ini bertujuan memastikan keselamatan pengguna, dan kami kesal atas masalah yang dilalui pemiliknya.
"Langkah pemeriksaan semula ini dilakukan bagi membolehkan pengepam beg udara bahagian hadapan pemandu ditukar dengan pengepam baharu," kata pembuat kereta itu dalam satu kenyataan.
Honda berkata semua model semasa yang dijual tidak terbabit. "Kerja penggantian itu akan dilakukan sebaik semua alat ganti tersedia, dan kos alat ganti dan buruh akan ditanggung oleh Honda Malaysia," katanya. - via BH online

Belum ada tanggapan untuk "Senarai Kereta Honda Di Malaysia Perlu Pemeriksaan Semula 2015"
Posting Komentar