Beranda · Cek Resi POS · Cek Resi JNE · EMS Pos Indonesia

Skuad Bawah 13 Tahun Malaysia Akhirnya Tewas Di Ibercup 2015 Estoril

Skuad Bawah 13 Tahun Malaysia Akhirnya Tewas Di Ibercup 2015 Estoril. Harapan untuk melihat skuad Bolasepak Bawah 13 tahun Malaysia untuk menjulang piala kedua dalam 2 minggu berakhir hari ini apabila mereka dibelasah skuad bawah 13 tahun Paris Saint-Germain 4-0. 

Selepas beraksi cemerlang menjadi juara di kejohanan Ibercup 2015 di Costa del Sol, Sepanyol minggu lepas, skuad kendalian Lim Teong Kim (Senarai penuh skuad pemain Bawah 13 tahun Malaysia sila klik Under 13 Malaysia) yang berada dalam Kumpulan B bersama 2 kelab Portugal iaitu SC Linda-a-Velha dan Dragon Force Lisbo serta kelab Sweden,  Segeltorps IF hanya mampu layak sehingga peringkat suku akhir.
Ibercup 2015 Estoril
Untuk makluman, Piala Iber (IBERCUP) 2015 di Estoril, Portugal akan berlangsung dari 30 Jun hingga 5 Julai 2015. Berikut adalah jadual dan keputusan penuh perlawanan Piala Iber (IBERCUP) 2015 di Estoril, Portugal  melibatkan Malaysia:

KEPUTUSAN PASUKAN MALAYSIA BAWAH 13 TAHUN DI IBERCUP 2015 ESTORIL
MALAYSIA VS Segeltorps IF  2 - 1
MALAYSIA VS Dragon Force Lisbo  7 - 0
MALAYSIA VS SC Linda-a-Velha   3 - 0


Pusingan KeduaMALAYSIA VS OS BELENENSES 'G' B13  2 - 0

Suku AkhirMALAYSIA VS PARIS SAINT-GERMAIN 0 - 4

* Walaupun tewas di suku akhir, tahniah diucapkan kepada skuad bawah 13 tahun negara yang cemerlang sebelum ini.


Artikel keren lainnya:

Belum ada tanggapan untuk "Skuad Bawah 13 Tahun Malaysia Akhirnya Tewas Di Ibercup 2015 Estoril"

Posting Komentar