Beranda · Cek Resi POS · Cek Resi JNE · EMS Pos Indonesia

Tarikh Dan Lokasi Lihat Anak Bulan Syawal 2015

Tarikh Dan Lokasi Lihat Anak Bulan Syawal 2015. Petang Khamis, 16 Julai 2015 bersamaan dengan 29 Ramadan 1436 Hijrah merupakan tarikh melihat anak bulan Syawal untuk menetapkan Hari Raya Aidilfitri demikian menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja. Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh Hari Raya melalui radio dan televisyen Malaysia.

Menurutnya Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Hari Raya Puasa adalah berdasarkan rukyah (melihat anak bulan) dan hisab (pengiraan secara matematik dan astronomi).
Anak Bulan Syawal 2015
Menurut Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, berikut merupakan lokasi untuk melihat anak bulan Syawal 2015 di seluruh Malaysia :-

  • Pontian Kecil, Johor; 
  • Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka; Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan; 
  • Bukit Melawati, Kuala Selangor, Selangor; 
  • Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat, Selangor; 
  • Balai Cerap, Sabak Bernam, Selangor

  • Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Manjong, Perak; 
  • Pusat Falak Sheikh, Kuala Muda, Kedah; 
  • Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda, Kedah; 
  • Pemandangan Indah, Pulau Langkawi, Kedah; 
  • Menara Alor Setar, Kedah; 
  • Bukit Besar Kuala Terengganu, Terengganu; 
  • Bukit Geliga, Kemaman, Terengganu; 
  • Pulau  Perhentian, Besut, Terengganu; 
  • Balai Cerap Kusza, Mukim Merang, Setiu, Terengganu.

KELANTAN 
  • Bukit Peraksi, Pasir Puteh; 
  • Bukit Kampung Tembeling, Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram, Kuala Krai; Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putera Semerak dan  Kota Bharu

  • Tanjung Lubang, Miri; Teluk Bandung, Kuching. Sarawak
  • Tanjung Batu, Bintulu, Sarawak; 
  • Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil di Sabah; 
  • Bukit Tanjung Batu, Nenasi, Gunung Berincang, Cameron Highlands, Bukit Pelindong, Kuantan kesemuanya di Pahang; 
  • Tingkat 13 menara Universiti Malaysia Sabah, 
  • Kampus Antarabangsa Labuan, 
  • Menara Kuala Lumpur, 
  • Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, 
  • Kuala Sungai Batu, Simpang Empat di Perlis. 

Bernama


Artikel keren lainnya:

Belum ada tanggapan untuk "Tarikh Dan Lokasi Lihat Anak Bulan Syawal 2015"

Posting Komentar