Tugasan PENDIDIKAN MORAL 1226/2 ini berdasarkan Modul Pendidikan Sahsiah dan Kewarganegaraan.
Arahan Penting Kepada Calon
- Kerja kursus calon mestilah merupakan hasil usaha sendiri dan tidak ditiru daripada mana-mana pihak.
- Penilaian proses kerja calon dan pemberian markah dilakukan oleh guru penilai sepanjang masa kerja kursus dilaksanakan.
- Calon boleh mendapatkan bahan daripada pelbagai sumber media massa
TAJUK TUGASAN
Berdasarkan tema Hidup Bermasyarakat, anda dikehendaki menghasilkan folio yang bertajuk Peka Kepada Isu-isu Alam Sekitar
Folio anda perlu mengandungi maklumat berikut :
(a) Gambar:
- Aktiviti / punca yang mencemarkan alam sekitar.
- Kesan-kesan pencemaran alam sekitar.
(c) Refleksi yang mengandungi cara-cara mengatasi masalah pencemaran alam sekitar.
Panduan Dan Cara Buat Tugasan Pendidikan Moral SPM 2015
1. Tugasan hendaklah mengutamakan penghayatan kesedaran dan kefahaman tentang nilai-nilai murni dan sahsiah yang baik.
2. Setiap tugasan mestilah dibuat pada kertas A4 dan didokumentasikan serta
dijadikan folio.
3. Folio yang dihasilkan mesti mengandungi 15 hingga 20 muka surat.
4. Kriteria pemberian markah kepada hasil tugasan calon adalah berdasarkan
perkara berikut:
A . Maklumat diri [7 markah]
(i) Nama
(ii) Nombor kad pengenalan
(iii) Angka giliran
(iv) Tingkatan
(v) Alamat sekolah
(vi) Kursus
(vii) Guru mata pelajaran
B . Penyediaan folio [7 markah]
(i) Tajuk tugasan
(ii) Kekemasan
(iii) Ketepatan masa
(iv) Isi kandungan
(v) Bilangan muka surat (tidak kurang dari 15 halaman)
(vi) Kepelbagaian sumber (sekurang-kurangnya dua sumber)
(vii) Refleksi (penghayatan)
C . Kreativiti [4 markah]
(i) Susunan
(ii) Hiasan
(iii) Bahan bergambar/grafik/foto
(iv) Gambar foto
D . Kesesuaian bahan [2 markah]
(i) Artikel/laporan/ulasan menepati tajuk
(ii) Gambar/foto/grafik yang sesuai

Belum ada tanggapan untuk "Tugasan Pendidikan Moral SPM 2015 Peka Kepada Isu-Isu Alam Sekitar"
Posting Komentar