Beranda · Cek Resi POS · Cek Resi JNE · EMS Pos Indonesia

Permohonan 2016 Kolej Vokasional Dan Sekolah Teknik Januari Online

Permohonan Kolej Vokasional Dan Sekolah Menengah Teknik Ambilan Januari 2016 Online. Dipetik dari makluman rasmi KPM dimaklumkan bahawa permohonan online kemasukan ke Kolej Vokasional (KV) dan Sekolah Menengah Teknik (SMT) Ambilan Januari 2016 untuk pelajar Tingkatan 3 tahun 2015 kini di buka. Permohonan online dibuka  mulai 5 Oktober 2015  hingga  20 Disember  2015;  11.59 malam. 


Permohonan Kolej Vokasional (KV) Dan Sekolah Teknik (SMT) Januari 2016 Online

Program yang ditawarkan ialah :
  • Program Kolej Vokasional (menjurus kepada Diploma Vokasional Malaysia)
  • Aliran  Teknikal – Sekolah  Menengah  Teknik  (menjurus  kepada  Sijil  Pelajaran Malaysia)
  • Program Kemahiran (Sijil Kemahiran Malaysia)
permohonan kv dan smt 2016

Cara Buat Permohonan Online

Sila klik permohonan berdasarkan Aliran Murid Tingkatan 3 2015
  • a. Aliran  Perdana/  Akademik  /  Agama 

Terbuka  kepada  murid  Tingkatan  3  Tahun 2015 di sekolah menengah kebangsaan/sekolah bantuan kerajaan - Klik PERDANA untuk memohon
  • b. Aliran  PAV 

Terbuka  kepada  murid  Tingkatan  3  Tahun  2015  yang  mengikuti Program Asas Vokasional (PAV)  - Klik PAV untuk memohon

Syarat Umum

  • i. Warganegara
  • ii. Tingkatan Tiga Tahun 2015
  • iii. Sihat dan Sesuai Fizikal
  • iv. Bebas daripada Penyakit Kronik
Maklumat lanjut untuk informasi di bawah ini boleh dirujuk di applikasi permohonan online :-
  1. Institusi dan Kursus Yang Ditawarkan
  2. Syarat Permohonan
  3. Carta Alir Permohonan
  4. Info Kursus
  5. Panduan Permohonan
  6. FAQ
Untuk sebarang pertanyaan, pemohon boleh menghubungi BPTV di 
Alamat BPTV:
Aras 5 & 6, Blok E14, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 PUTRAJAYA.
No. Telefon : 03-88845154
*Sekiranya calon tidak dapat mengakses sistem, mohon kemaskini Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM)

Semakan Keputusan Kemasukan Ke KV Dan SMT 2016

Calon   boleh   menyemak   keputusan   dalam laman   sesawang   KPM,   di   alamat http://www.moe.gov.my mulai 18 Januari hingga 25 Januari 2016.
Calon disarankan agar sentiasa melayari laman sesawang KPM bagi mendapatkan info terkini.



Artikel keren lainnya:

Belum ada tanggapan untuk "Permohonan 2016 Kolej Vokasional Dan Sekolah Teknik Januari Online"

Posting Komentar