Beranda · Cek Resi POS · Cek Resi JNE · EMS Pos Indonesia

Permohonan Laluan Khas CSR Ke Program Bacelor UPM Sesi 2015/ 2016

Permohonan Laluan Khas CSR Ke Program Bacelor UPM Sesi 2015/ 2016. Berikut adalah maklumat dan panduan mengenai Permohonan Laluan Khas CSR Ke Program Bacelor UPM Sesi 2015/ 2016 seperti dipetik dari FB Universiti Pertanian Malaysia (UPM)
Kriteria permohonan Laluan Khas:

KUMPULAN SASAR
Tawaran mod kemasukan ini melibatkan pelajar sasaran yang melanjutkan pelajaran pada peringkat Ijazah pertama di UPM. Tawaran diberikan kepada calon yang tidak berjaya mendapat pengajian di mana-mana di IPTA selepas pengumuman tawaran diumumkan oleh UPU.
Program Bacelor UPM Sesi 2015/ 2016
KRITERIA ASAS PEMILIHAN
Kriteria asas pemilihan calon yang diguna pakai oleh UPM adalah salah satu seperti berikut:
  1. Pendapatan Isi Rumah kurang daripada RM 1,500.00 sebulan
  2. Bilangan tanggungan melebihi 5 orang atau lebih
  3. Status ibu atau bapa calon (tunggal)
  4. Status anak yatim
  5. Status kesihatan atau kecacatan calon
  6. Status kesihatan atau kecacatan ibu bapa atau penjaga calon
  7. Lokasi tempat tinggal calon (luar bandar)

KELAYAKAN
Pelajar yang diberikan kemudahan bagi mod kemasukan ini perlu memenuhi Syarat Am Universiti dan Syarat Khas Program Pengajian.

KAEDAH PEMILIHAN
Pemilihan akan dibuat berdasarkan merit markah kriteria pemilihan seperti di atas. Calon yang berjaya akan dihubungi untuk menyemak tawaran. Calon yang tidak mendapat sebarang maklum balas selepas sebulan dari tarikh tutup permohonan, permohonan adalah tidak berjaya.

PEMBIAYAAN
UPM tidak akan memberikan sebarang pembiayaan kepada pelajar yang ditawarkan. Pelajar yang berjaya perlu memohon pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) atau bantuan kewangan yang lain berdasarkan syarat dan prosedur sedia ada.

MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN
http://www.upm.edu.my/dokumen/BorangPermohonanMasukCSR2016.pdf

Borang  permohonan  dan  semua  salinan  sijil  dan dokumen  yang  dilampirkan  hendaklah disahkan oleh Pegawai Kerajaan dalam kumpulan Pengurusan dan Profesional.

Borang  permohonan  yang  telah  lengkap  hendaklah  dihantar kepada :-


Ketua Pentadbiran
Akademik  dan  Antarabangsa,  

Bahagian Kemasukan  dan  Bahagian  Urus  Tadbir  Akademik,
Tingkat I, Bangunan Pentadbiran, Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang, Selangor Darul  Ehsan


pada  atau  sebelum 31  Mei  2015  (Diploma)/4 September 2015 (Bacelor)
secara pos, emel (pengambilan@upm.edu.my) atau faks (03-89426469).

Sebarang Pertanyaan Hubungi Bahagian Akademik UPM di talian 03-8946 6059 atau email akd@upm.edu.my

Artikel keren lainnya:

Belum ada tanggapan untuk "Permohonan Laluan Khas CSR Ke Program Bacelor UPM Sesi 2015/ 2016"

Posting Komentar