Dikongsikan dari makluman rasmi FB JLKN HQ, Permohonan kemasukan pelatih secara sukarela bagi Projek Perintis PLKN 2.0 amatlah dialu-alukan kepada remaja yang lahir pada tahun 1997 dan dua tahun sebelumnya (1996 dan 1995).Awal minggu ini, kerajaan telah mengeluarkan senarai modul baru PLKN 2.0 bermula tahun 2016 yang boleh di rujuk di SINI.Borang Permohonan Pelatih Sukarela Projek Perintis PLKN 2.0
Borang permohonan sukarela tersebut boleh dimuat turun secara atas talian di BORANG PLKN 2.0 Panduan permohonan Pelatih Sukarela Projek Perintis PLKN 2.0:
- Kelulusan penyertaan tertakluk kepada keputusan JLKN dan akan dimaklumkan melalui Notis Pemberitahuan Pelatih.
- Borang ini hendaklah ditandatangan oleh pemohon dan di hantar ke Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) melalui kaedah di bawah:
Unit Sukarela, Jabatan Latihan Khidmat Negara,
Kementerian Pertahanan Malaysia,
Aras 2, Bangunan Zetro, Jalan 9/27C, Seksyen 5,Wangsa Maju, 53300
Kuala Lumpur; atau
- b) Secara kepilan dokumen di portal www.informasi.khidmatnegara.gov.my; atau
- c) Emel di alamat sukarela@khidmatnegara.gov.my; atau
- d) Faks di talian 03-40274333 / 4224
Artikel keren lainnya:
Belum ada tanggapan untuk "Borang Permohonan Pelatih Sukarela Projek Perintis PLKN 2.0"
Posting Komentar