Untuk Pilihan Raya Umum Singapura 2015, Parti Tindakan Rakyat (PAP) telah kembali berkuasa selepas memenangi 83 daripada 89 kerusi parlimen dengan meraih 69.86 peratus undi popular. PAP yang merupakan parti memerintah sejak tahun 1959 lagi telah berjaya meraih 69.86 peratus undi keseluruhan dalam Pilihan Raya Umum 2015, iaitu peningkatan hampir 10 peratusan mata berbanding pada 2011.
PAP turut berjaya merampas semula kerusi kawasan tunggal (SMC) Punggol East manakala parti pembangkang, Parti Pekerja telah memenangi enam kerusi serta mengekalkan kubu kuatnya kawasan perwakilan kumpulan Aljunied dan Hougang SMC dengan margin berkurangan.
PAP menerima lebih 70 peratus perkongsian undi di 15 daripada 29 bahagian pilihan raya dengan tiga prestasi terbaik di Jurong GRC (kawasan pilihan raya Kumpulan Perwakilan) (79.28 peratus), Ang Mo Kio GRC (78.63 peratus) dan West Coast GRC (78.57 peratus).
Pada pilihan raya umum 2015, calon-calon dari sembilan parti politik termasuk PAP bertanding bagi 16 kerusi GRCdan 13 kerusi SMC untuk mengisi 89 kerusi Parlimen.
Lapan lagi parti ialah Parti Pekerja yang bertanding (28 kerusi), Parti Rakyat Singapura (lapan), Parti Demokratik Singapura (11), Parti Perpaduan Nasional (12), Perikatan Demokratik Singapura (enam), Parti Reformasi (11), Parti Warga Diutamakan (10) dan Parti Kuasa Rakyat (empat).

Belum ada tanggapan untuk "Keputusan Pilihan Raya Umum Singapura 2015"
Posting Komentar