SKALA GRED SISTEM ANALISIS PEPERIKSAAN SEKOLAH (SAPS)
Berikut adalah skala gred standard yang digunapakai oleh semua sekolah dalam SAPS untuk rujukan semua.Untuk makluman, murid tahun 1, 2 dan tingkatan 1 pula terlibat dengan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) tidak menyediakan semakan untuk ibu bapa bagi melihat keputusan PBS sepertimana SAPS. Keputusan hanya boleh diperolehi melalui guru kelas / mata pelajaran.
Laman web SPPBS : http://sppbs.moe.gov.my/sppbs/
Sistem Gred Markah UPSR, PT3 dan SPM Terkini
Terdapat perubahan dalam sistem gred baru pemarkahan peperiksaan dan ujian persekolahan tahun 2015 seperti makluman dari Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS).Julat Gred Markah Baru Peperiksaan Dan Ujian
Perubahan dalam julat gred ini melibatkan tiga peringkat pembelajaran iaitu :-- Julat Gred Sekolah Rendah (SR) 2015
- Julat Gred Menengah Rendah (MR) 2015
- Julat Gred Menengah Atas (MA) 2015
1) Julat Gred Markah Sekolah Rendah (SR) 2015
Terdapat 2 sistem yang digunakan di Sekolah Rendah tahun 2015 iaitu- Pelajar Darjah 6 yang masih menggunakan sistem pembelajaran lama iaitu Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) akan menggunapakai julat gred yang lama.
- Manakala pelajar tahap dua (darjah 4 & 5) yang menggunakan sistem pembelajaran Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) akan menggunakan julat gred yang baru.
2) Julat Gred Markah Menengah Rendah (MR) 2015
Gred pencapaian MR 2015 ini melibatkan pelajar di Tingkatan 1, 2 & 3 tahun 2015. Jika semua subjek mendapat E masih dikira menguasai. Tetapi jika ada walaupun 1 subjek mendapat F, maka keputusannya Tidak Menguasai (GAGAL).3) Julat Gred Markah Menengah Atas (MA) 2015
Gred pencapaian MA 2015 ini melibatkan pelajar di Tingkatan 4 & 5 tahun 2015.GRED PEMARKAHAN LAMA
SKALA GRED SEKOLAH RENDAH (DARJAH 1 HINGGA 6)
SKALA GRED MENENGAH RENDAH (TINGKATAN 1, 2 DAN 3)
SKALA GRED MENENGAH ATAS (TINGKATAN 4 & 5)
SISTEM GRED SPM
Melalui sistem baru itu, pelajar yang mendapat A akan dikategorikan kepada A+, A dan A- dengan merit masing-masing 18,16, dan 14.
Gred 3B ditukar kepada B+ dengan merit 12, 4B kepada B(10), 5C kepada C+ (lapan), 6C kepada C (enam), 7D kepada D (empat), 8E kepada E (DUA) dan 9G kepada G dengan merit sifar.
Belum ada tanggapan untuk "Sistem Gred Pemarkahan Bagi UPSR, PT3 dan SPM Terkini"
Posting Komentar