Beranda · Cek Resi POS · Cek Resi JNE · EMS Pos Indonesia

Cara Beli Nombor Pin Unik UPU Di BSN

Pin UPU. Cara Beli Nombor Pin Unik ID UPU Di Bank Simpanan Nasional (BSN). Berikut adalah cara membeli Nombor Pin Unik ID UPU untuk permohonan Kemasukan Ke IPTA, Politeknik dan ILKA serta lain-lain UA.

Cara Beli Nombor Pin Unik ID UPU Di BSN

Berikut 3 cara atau langkah untuk anda membeli Pin Unik ID/ No.Pin di Bank Simpanan Nasional (BSN) :-

1. Kaunter BSN

Anda boleh pergi ke mana-mana cawangan Bank BSN dengan membawa IC & duit untuk jumlah bayaran yang akan dikenakan.
pin unik bsn
Cara kedua dan ketiga memerlukan pemohon mempunyai akaun BSN dan kad BSN.

2. ATM ( Automated Teller Machine )

  1.     Masukkan Kad  dan No Pin
  2.     Pilih Urusan – ‘Beli Pin’
  3.     Pilih Jenis Permohonan – ‘IPTA’
  4.     Pilih Jenis Program IPTA – contohnya  ‘SPM’ atau “STPM”
  5.     Masukkan Nombor Kad Pengenalan /My Kad
  6.     ‘YA’untuk meneruskan urusan
  7.     Semak Maklumat
  8.     Klik ‘SETUJU’ untuk meneruskan urusan ‘BATAL’ untuk membatalkan urusan
  9.     Resit Dicetak

3. SMS Banking

Pemohon perlu mendaftar dulu untuk menggunakan perkhidmatan SMS Banking. Anda boleh mendaftar di Kaunter, CDM (Cash Deposit Machine ) atau ATM.

Berikut langkah atau cara Untuk mendaftar di ATM atau CDM :-

  1.     Masukkan Kad MATRIX BSN dan Pilih Bahasa
  2.     Masukkan No. Pin dan Pilih Urusan Lain
  3.     Pilih Perbankan SMS dan Pilih Pendaftaran
  4.     Masukkan No. Telefon Bimbit
  5.     Urusan Telah Berjaya dan slip akan dikeluarkan bersama cetakan 4 digit UAC.
  6.     SMS pendaftaran berjaya akan diterima melalui telefon yang didaftarkan tadi.
Selepas berjaya mendaftar, anda boleh membeli No Unik UPU melalui sms.

SMS ke 36898  dengan menaip  PIN<jarak>M-PIN<jarak>ORG<jarak>KP

contoh : PIN 012345 SPM 950101010101

*M-PIN adalah no pin kad Matrix BSN

Cara Beli Nombor Pin Unik UPU Di BSN boleh di Download di SINI




KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI


Artikel keren lainnya:

Belum ada tanggapan untuk "Cara Beli Nombor Pin Unik UPU Di BSN"

Posting Komentar