CADANGAN SKEMA PEMARKAHAN KERTAS 3 SEJARAH SPM - NASIONALISME DI MALAYSIA SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA
1. Pengenalan/Latar belakang gerakan nasionalisme di Tanah Melayu sehingga Perang Dunia Kedua.
- Gerakan nasionalisme merupakan usaha masyarakat tempatan menentang apa sahaja bentuk tekanan atau penjajahan terhadap mereka oleh kuasa luar.
- Penentangan bertujuan untuk membebaskan negara mereka daripada penjajah.
- Di Malaysia,penentangan terhadap British dilakukan oleh pemimpin dan rakyat tempatan sejak abad ke-19.
- Gerakan nasionalisme secara menyeluruh pula bermula pada abad ke-20
- Gerakan pemimpin tempatan berlaku pada awal kedatangan British ke Malaysia.
- Gerakan ini merupakan reaksi spontan masyarakat tempatan untuk menjaga kepentingan mereka daripada dicerobohi dan dikuasai oleh orang luar.
- Antara pemimpin penentangan ialah Penghulu Dol Said/Dato Maharaja Lela/Rentap /Mat Salleh.
[7x1m][Maksimum:5 markah]
2. a) Sebab-sebab penentangan Dasar penaklukan British
- Penentangan terhadap British oleh masyarakat tempatan adalah disebabkan dasar penaklukan Britishdi daerah mereka.
- Seperti di Naning,Pahang,Kelantan,Terengganu,Sarawak dan Sabah.
- Dasar penaklukan British terhadap negeri-negeri Melayu bertujuan untuk mengukuhkan kedudukan politiknya.
- Melalui dasar ini,penguatkuasaan politik British menjadi luas dan kawasan itu akan terikat dengan perintah dan peraturannya.
- Contohnya,apabila British mengambilalih Melaka daripada Belanda,Naning dipaksa menjadi jajahan takluk British dan dipaksa membayar ufti.
- Penentangan Dol Said terhadap kehendak British mencetuskan peperangan.
b) Eksploitasi terhadap ekonomi tempatan
- Penentangan terhadap British berlaku kerana British ingin menguasai ekonomi tempatan bagi kepentingannya.
- Penguasaan ekonomi dilakukan melalui perjanjian yang dimeterai oleh British dengan pemimpin tempatan.
- Menerusi perjanjian,saudagar dari Negeri-negeri Selat dibenarkan menjalankan aktiviti perlombongan dan perdagangan bijih timah.
- Ini menimbulkan kemarahan penduduk tempatan terhadap British.
c) Pelaksanaan pentadbiran Barat terhadap masyarakat tempatan
- British telah memaksa sistem pentadbiran Barat kepada penduduk tempatan.
- British memperkenalkan sistem cukai,undang-undang dan peraturan-peraturan tanah untuk mendapatkan hasil yang maksimum.
- Di Terengganu,penentangan berlaku kerana British menetapkan bahawa setiap tanah yang hendak dibuka oleh penduduk mesti mendapat kebenaran British dan tanah dikenakan cukai.
- Peraturan British bertentangan dengan amalan tradisi masyarakat tempatan.
- iaitu tanah boleh dibuka mengikut keperluan mereka dan tidak perlu membayar cukai.
d) Campurtangan British dalam adat resam tempatan
- Campurtangan British dalam adat resam tempatan turut membawa kepada penentangan tempatan.
- British telah memaksa penduduk tempatan menerima nilai British yang bertentangan dengan budaya tempatan .
- Di Perak,J.W.W Birch telah campur tangan dalam adat resam masyarakat Melayu,iaitu amalan menggunakan orang suruhan.
- Tindakan Birch telah ditentang oleh pemimpin dan masyarakat tempatan.
e) Pembesar tempatan kehilangan kuasa dan pengaruh
- Pemimpin tempatan kehilangan kuasa dan pengaruh pentadbiran ke atas kawasan dan anak buah mereka setelah British menjajah kawasan mereka.
- Sebelum penjajahan,kebanyakan pemimpin tempatan telah dilantik oleh sultan ataupun masyarakatnya untuk mentadbir kawasan tersebut.
- Perlantikan ini memberikan pemimpin tempatan kuasa untuk menjaga hal ehwal daerahnya.
- Seperti soal pentadbiran,perundangan,ekonomi,dan sosial.
- Penjajahan British terhadap daerah mereka menyebabkan pemimpin tempatan kehilangan kuasa.
- Keadaan ini menyebabkan rasa tidak puas hati dlam kalangan pemimpin tempatan yang mendorong mereka menentang British.
f) Kesulitan penduduk tempatan
- Penduduk tempatan tertekan dengan pelaksanaan undang-undang British.
- yang menyulitkan kehidupan mereka telah memberi sokongan kepada penentangan pemimpin tempatan.
- Kesetiaan kepada pembesar tempatan memberikan kerjasama dalam menentang British.
[29x1m][Maksimum:30 markah]
3. Peristiwa penentangan pemimpin tempatan
a) Naning
- Penentangan Penghulu Dol Said di naming antara tahun 1881 -1833 merupakan penentangan paling awal berlaku di tanah Melayu.
- Sebab penentangan Dol Said ialah beliau tidak bersetuju dengan tindakan British meletakkan Naning sebagai sebahagian daripada wilayah jajahan British.
- Tidak bersetuju dengan arahan supaya Naning menghantar 1/10 hasilnya kepada Melaka sebagai ufti.
- Pada tahun 1831, British menghantar pasukan tenteranya untuk menakluki Naning.
- Dol Said menentang pasukan british.
- Dol Said mendapat bantuan ketenteraan daripada Yam Tuan Ali daripada Rembau/Syed Shaban/Penghulu Remai dan Rechat/Dato’Kelana Sungai Ujong/Penghulu Gemencheh.
- Dol Said berjaya mengalahkan pasukan tentera British yang berjumlah 150 orang di bawah pimpinan kapten Wyllie yang ingin menawan Taboh,daerah Naning.
- Pada akhir tahun 1832, British dengan tentera seramai 1200 orang menyerang Naning.
- Dol Said dan pengikut-pengikutnya tidak mendapat bantuan dari mana-mana pihak.
- Pasukan British berjaya mengalahkan tentera Penghulu Dol Said.
- Beliau diberi pencen dan sebuahrumah di sana.
b (b) Kelantan
- Penentangan dilakukan oleh Tok Janggut.
- Penentangan terhadap penjajahan British berlaku di Paser Putih pada tahun 1910 apabila British memperkenalkan Sistem Penasihat British.
- British memaksa penduduk tempatan menerima pakai sistem cukai yang diperkenalkan.
- Tok Janggut membantah pelaksanaan sistem ini dan bertindak enggan membayar cukai.
- Bantahan Tok Janggut enggan dilayan Pegawai Daerah Paser Putih yang telah mengarahkan pihak polis menangkap tok Janggut tetapi gagal.
- Pada tahun 1915, Engku Besar Jeram, Tuan Ahmad, Penghulu Adam, Haji Said, Che Ishak, dan rakyat tempatan menyerang Pasir Putih dan berjaya menawannya.
- Mereka menduduki Pasir Putih selama 3 hari
- Sebuah kerajaan telah dibentuk dengan Engku Besar Jeram sebgai Raja,Tok Janggut sebgai perdana menteri,dan Che Ishak sebagai pegawai daerah.
- Dengan menggunakan nama Sultan Kelantan,British membawa masuk pasukan tentera dari negeri selat bersama kapal perang H.M.S Cadmus yang mendarat di Tumpat.
- Pada Mei 1915 British menyerang Tok Janggut yang berkubu di Saring.
- Serangan British yang tersusun dengan penggunaan senjata yang lebih moden berjaya melumpuhkan perjuangan Tok Janggut dan pengikutnya.
- Tok Janggut terkorban dalam serangan tersebut dan mayatnya telah diarak ke seluruh pekan Kota Bharu sebelum digantung di pasar dalam keadaan kepala di bawah dan kaki ke atas.
- Tindakan ini merupakan amaran kepada masyarakat tempatan yang berani menentang British.
[23x1 m][Maksimum:15 markah]
4. Bagaimanakah generasi muda hari ini dapat menjadi warganegara Malaysia yang mampu mengekalkan kedaulatan negara
- Mempunyai semangat setia negara yang tinggi
- Sanggup berkorban untuk bangsa
- Mempunyai sifat kerjasama.
- Melengkapkan diri dengan segala ilmu pengetahuan yang berguna.
- Menguasai pelbagai kemahiran.
- Mengekalkan perpaduan kaum.
- Mengukuhkan jati diri bangsa Malaysia.
- Menguasai kepakaran sains dan teknologi.
- Jangan mudah terpengaruh dengan agenda anasir luar.
- Mengelakkan diri daripada nilai-nilai negative.
- Menjaga keamanan negara.
- Patuh pada ajaran agama.
- Hormat-menghormati sesama individu
[16x1m][Maksimum:15 markah]
5. Kejayaan yang dicapai oleh Malaysia hasil daripada semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum
- Membina Menara Berkembar Petronas
- Perisytiharan Melaka sebagai Bandaraya Bersejarah Warisan Dunia
- Perisytiharan Pulau Pinang sebagai Bandaraya Warisan Dunia.
- Pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)
- program Angkasawan Negara.
- Melancarkan Koridor Raya Multimedia (MSC)
- Pelaksanaan K-ekonomi.
- Sistem perbankan elektronik
- Kemajuan sistem pengangkutan/LRT/MRT/Komuter/Monorail.
- Pembinaan Jambatan Pulau Pinang
- Pembinaan Menara Kuala Lumpur.
- Pelancaran Kapal Selam KD Tun Razak.
[13x1m][Maksimum 10 markah]
[Mana-mana jawapan lain yang munasabah]
6. (a) Cabaran yang dihadapi oleh negara untuk mengekalkan keamanan dan kemakmuran negara.
- Mengukuhkan perpaduan kaum
- Pelbagai bahasa
- Pelbagai budaya
- Pelbagai kepercayaan/agama
- Pelbagai fahaman politik
- Pendudukan yang berbeza
- Polarisasi kaum
- Merapatkan jurang perbezaan pendapatan/ekonomi
- Merapatkan jurang perbezaan pendidikan
- Keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja
- Mudah terpengaruh dengan anasir luar
[12x1m][Maksimum:5 markah]
(b) Langkah-langkah untuk mengatasi cabaran di atas ialah
- Menjayakan konsep 1 Malaysia.
- Pengamalan Dasar Kebudayaan Kebangsaan.
- Pengamalan Prinsip Rukun Negara.
- Penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
- Pelaksanaan Dasar Pendidikan kebangsaan
- Penganjuran Sukan Malaysia(SUKMA)
- Konsep Rumah Terbuka setiap musim perayaan.
- Program latihan Khidmat Negara(PLKN)
- Pengagihan ekonomi secara seimbang
[Mana-mana jawapan lain yang munasabah]
7. Penerapan nilai murni/iktibar/patriotisme dalam usaha mengekalkan kedaulatan negara.
- Cinta akan negara.
- Kerjasama antara pelbagai kaum.
- Bertolak ansur.
- Kebijaksanaan pemerintah.
- Keadilan.
- Berani mempertahankan negara.
- Berakhlak mulia.
- Menghormati hak asasi manusia.
- Permuafakatan antara pemimpin-pemimpin rakyat.
- Sanggup berkorban untuk negara.
[10x1m][[Maksimum:10 markah]
8. Rumusan
- Pengetahuan yang diperoleh
- Iktibar kepada diri bangsa dan negara.
- Harapan untuk masa depan Malaysia yang lebih cemerlang,gemilang dan terbilang.
Belum ada tanggapan untuk "Skema Jawapan Nasionalisme Di Malaysia Sejarah Kertas 3 SPM"
Posting Komentar