Beranda · Cek Resi POS · Cek Resi JNE · EMS Pos Indonesia

Tarikh Rasmi Keputusan UPSR 2015 Diumumkan

Tarikh Rasmi Keputusan Result UPSR 2015 Diumumkan. Calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2015 dijangka dapat mengetahui keputusan mereka pada bulan November 2015 ini. Mengikut rekod, keputusan UPSR tahun sebelumnya telah diumumkan pada minggu ketiga atau keempat November 2015.

Tarikh Rasmi Pengumuman Keputusan UPSR Tahun Sebelumnya


  • Tahun 2010 - 11 November 2010
  • Tahun 2011 - 17 November 2011
  • Tahun 2012 - 19 November 2012
  • Tahun 2013 - 14 November 2013
  • Tahun 2014 - 26 November 2014
  • Tahun 2015 - 17 November 2015 (SELASA)
semak keputusan upsr 2015

CARA BUAT SEMAKAN KEPUTUSAN RESULT UPSR 2015 

Calon-calon boleh mendapatkan slip keputusan UPSR mereka daripada sekolah masing-masing selepas pukul 10 pagi, pada hari keputusan UPSR 2015 keluar iaitu Hari Selasa, 17 November 2015.

Selain itu, calon juga boleh menggunakan perkhidmatan semakan UPSR 2015 melalui khidmat pesanan ringkas mySMS ke 15888.


Contoh Semakan Melalui SMS

  • Taip UPSR [angka giliran] dan hantar ke 15888
  • Contoh: UPSR BC001A040 hantar ke 15888

Perkhidmatan SMS Keputusan UPSR 2015 ini akan diaktifkan bermula jam 10.00 pagi pada 17 November 2015 sehingga 11.59 malam, 23 November 2015.

* Borang permohonan Semak Semula/ Kes T UPSR 2015 boleh dimuat turun di laman web Lembaga Peperiksaan di pautan UPSR 2015


Artikel keren lainnya:

Belum ada tanggapan untuk "Tarikh Rasmi Keputusan UPSR 2015 Diumumkan"

Posting Komentar