Kadar Baru Bayaran Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) Kakitangan Awam 2015. Pemberian Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) kepada pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan adalah merupakan usaha Kerajaan dalam membantu meringankan kos sara hidup penjawat awam. Sebanyak 1.1 juta penjawat awam bakal menikmati kenaikan kadar imbuhan tetap perumahan atau ITP berkuat kuasa November 2015.
Menurut Pekeliling terbaru JPA "PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 8 TAHUN 2015 IMBUHAN TETAP PERUMAHAN BAGI PERKHIDMATAN AWAM PERSEKUTUAN", kadar baru terendah imbuhan tetap perumahan dinaikkan kepada RM300 sebulan berbanding RM180 buat masa ini. Penyelarasan kenaikan itu akan dibuat secara berperingkat, sehingga Gred 41.
Selain kenaikan imbuhan tetap perumahan, Kerajaan turut mengumumkan bayaran bantuan khas kewangan RM500 kepada penjawat awam dalam pembentangan Bajet 2016 yang lalu
Berikut adalah Senarai Kadar Baru Bayaran Imbuhan Tetap Perumahan Kakitangan Awam yang berkuatkuasa bermula November 2015 :-
Jadual 1: Kadar ITP bagi Kumpulan Pelaksana serta Kumpulan Pengurusan dan Profesional Perkhidmatan Awam Am Persekutuan
Jadual 2: Kadar ITP bagi Pegawai Perkhidmatan Bomba di Semenanjung
Jadual 3: Kadar ITP bagi Pegawai Perkhidmatan Bomba di Sarawak/ Sabah/ Labuan
Jadual 4: Kadar ITP bagi Pegawai Perkhidmatan Penjara di Semenanjung
Jadual 5: Kadar ITP bagi Pegawai Perkhidmatan Penjara di Sarawak/ Sabah/ Labuan
Jadual 6: Kadar ITP bagi Kumpulan Pengurusan Tertinggi Perkhidmatan Awam Am Persekutuan
Untuk maklumat lanjut dan muat turun/ download Kadar Baru Bayaran Imbuhan Tetap Perumahan Kakitangan Awam 2015, sila klik http://docs.jpa.gov.my/docs/pp/2015/pp082015.pdf atau di bawah ini
Kadar Baru Bayaran ITP Imbuhan Tetap Perumahan Kakitangan Awam 2015
Artikel keren lainnya:
Belum ada tanggapan untuk "Kadar Baru Bayaran Imbuhan Tetap Perumahan Kakitangan Awam 2015"
Posting Komentar