Pelancaran Logo dan Maskot rasmi Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur telah di sempurnakan oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaludin Abu Bakar di Esplanade, Suria KLCC, Sabtu malam. Sukan SEA edisi ke 29 kali ini akan menyaksikan Wau Bulan sebagai logo rasmi temasya sukan Asia Tenggara yang terkenal ini. Logo Dan Maskot Rasmi Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur
Pemilihan logo Wau Bulan ciptaan Mohd Samsudin Adnan daripada 174 penyertaan ini berdasarkan kepada keindahan, kesantunan dan kekuatannya membelah awan.
Ianya juga melambangkan keunikan sukan menuju ke arah kecemerlangan lebih tinggi. Kombinasi warna yang digabungkan pada logo berkenaan pula mewakili warna-warna panji semia negara Asia Tenggara sekaligus melahirkan identiti Kuala Lumpur 2017. Maskot Sukan SEA 2017 KL
Pada majlis yang sama, Harimau Malaya yang dinamakan sebagai Rimau, dipilih sebagai maskot temasya Sukan SEA 2017 atau Kuala Lumpur 2017. Harimau Malaya dipilih berdasarkan kedudukannya yang kuat namun santun. Haiwan ini juga amat mesra, bersemangat waja, bertenaga dan paling utama, tinggi dengan semangat kesukanan.
Turut dilancarkan pada majlis sama adalah tema temasya iaitu
'Bangkit Bersama'
Pemilihan tema ini adalah seiring dengan cabaran terkini dan akan datang yang perlu ditempuhi oleh negara Asia Tenggara sebagai satu komuniti. Pendaftaran sukarelawan Kuala Lumpur 2017 juga dilancarkan dan bagi mereka yang berminat untuk mendaftar, anda boleh melayari laman sesawang rasmi temasya di www.seagames2017.com.my.
Semoga pelancaran Logo Dan Maskot Rasmi Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur dapat menyemarakan semangat dan hasrat atlet sukan negara untuk berjaya dalam Temasya Sukan SEA 2017 nanti.
Artikel keren lainnya:
Belum ada tanggapan untuk "Logo Dan Maskot Rasmi Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur"
Posting Komentar