* FAQ untuk kemasukan 2015/ 2016
* FAQ untuk kemasukan UPU 2016/ 2017 akan dikemaskini dari masa kesemasa
SOALAN 1:
Apakah peranan utama Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (BPKP) dalam pembangunan pendidikan?JAWAPAN 1:
Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (BPKP) atau lebih dikenali denganUPU, adalah salah satu Bahagian di Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian
Pendidikan Tinggi (KPT) yang menyelaras permohonan kemasukan ke
Program Ijazah Pertama, Asasi, Diploma dan Sijil bagi Pelajar Lepasan STPM/ Setaraf dan SPM/ Setaraf ke Universiti Awam (UA), IPTA/ Kolej Komuniti dan Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA)
SOALAN 2:
Apakah dasar yang digunapakai oleh BPKP dalam pengurusan pengambilan pelajar ke Universiti Awam?JAWAPAN 2:
Dasar pengambilan dan pemilihan kemasukan ke Universiti Awam (UA),IPTA/ Kolej Komuniti dan Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) adalah selaras dengan dasar kerajaan bagi merealisasikan Bidang
Keberhasilan Utama Kementerian (MKRA) iaitu meningkatkan akses dan
ekuiti dalam pendidikan pengajian tinggi kepada rakyat melalui
prinsip meritokrasi dengan mengguna pakai 90% markah akademik dan 10% markah kokurikulum.
Penentuan nilai merit dilaksanakan tanpa mengira agama, bangsa, keturunan, negeri, tempat tinggal dan sebagainya
SOALAN 3:
KPT telah mengambil pendekatan dan inisiatif dalam menyebar luasmaklumat kemasukan ke UA melalui penganjuran Karnival Pendidikan
Tinggi Negara (KPTN), “Jom Masuk IPT” pada setiap tahun.
Bagaimanakah program ini dapat membantu pelajar dalam mencapai
cita-cita yang akhirnya mencorakkan negara dengan pembangunan
modal insan yang seimbang?
JAWAPAN 3:
Karnival Pendidikan Tinggi Negara (KPTN) adalah sebagai platform untukpersiapan kemasukan pelajar ke UA dalam menyediakan sistem permohonan
aplikasi dalam talian (20 kiosk permohonan disediakan kepada pemohon di tapak karnival), khidmat runding cara bersama pegawai daripada Kementerian, UA, IPTA dan ILKA serta edaran bahan bercetak mengenai institusi, program pengajian, sistem dan prosedur permohonan. Selain daripada itu, KPT melalui Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pendidikan Tinggi (BPKP,JPT) juga telah mengambil pendekatan proaktif dengan memperkenalkan akses komunikasi secara maya bersama masyarakat di facebook rasmi di ‘Kemasukan BPKP JPT –FB rasmi UPU’ di laman sosial Facebook. KPM juga melaksanakan taklimat dan seminar di sekolah kepada pelajar dan kaunselor. UA/
IPTA juga turut bersama turun padang menjalankan promosi bersama-
sama Kementerian.
SOALAN 4:
Bagaimanakah cara untuk mendapatkan borang permohonan kemasukan keUniversiti Awam/ IPTA?
JAWAPAN 4:
Permohonan kemasukan ke IPTA boleh dicapai melalui Aplikasi Dalam Taliansepenuhnya melalui laman web http://upu.mohe.gov.my dan permohonan
dibuka pada 19 Januari hingga 6 April 2015.
SOALAN 5:
Setiap pemohon perlu membeli nombor unik ID untuk mengemukakanpermohonan. Bagaimanakah cara untuk membeli nombor unik ID
tersebut?
JAWAPAN 5:
Nombor Unik ID bagi permohonan kemasukan ke UA/ IPTA/ KK/ ILKA melaluiAplikasi Dalam Talian boleh dibeli di kaunter Bank Simpanan Nasional(BSN),
di mesin ATM BSN atau menggunakan perkhidmatan SMS Banking
(bagi pemegang akaun GIRO sahaja) sehari selepas iklan permohonan
disiarkan.
Kategori pembelian nombor unik ID adalah seperti berikut :
Kategori A
(RM15.60) : Lepasan SPM/ Lepasan SKM/ILKA ,Kategori B
(RM15.60) : Lepasan STPM/Setaraf, Lepasan Diploma/Setaraf, Lepasan STAM, Asasi dan MatrikulasiSOALAN 6:
Semasa mengisi borang permohonan dalam talian, pemohon telahmembuat kesilapan dalam mengisi jenis kategori. Adakah permohonan
tersebut masih diproses oleh pihak BPKP?
JAWAPAN 6:
Ya, masih diproses. Walau bagaimana pun pemohon perlu memaklumkankepada pihak BPKP, JPT terlebih dahulu di talian hotline 03-8870 6767
/6777/6766/6755 kerana kesilapan dalam mengisi kategori akan
menyukarkan proses permohonan.
SOALAN 7:
Adakah pemohon perlu sertakan salinan sijil sebagai buktimengesahkan penglibatan dalam Kokurikulum?
JAWAPAN 7:
Pemohon tidak perlu sertakan salinan sijil tersebut kerana maklumatKokurikulum akan diselaraskan dengan Bahagian Kokurikulum dan Kesenian,
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) kecuali bagi pemohon lepasan
Diploma/Setaraf dan Lepasan SPM bagi kategori C masih perlu kemukakan
dokumen sebagai bukti.
SOALAN 8:
Adakah pelajar Bukan Warganegara boleh memohon untuk kemasukan keUA/ IPTA bagi Program Lepasan SPM/Setaraf?
JAWAPAN 8:
Calon Bukan Warganegara tidak layak memohon kemasukan ke UA/ IPTAbagi Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf kerana ia hanya terbuka
kepada Warganegara Malaysia sahaja. Bagi program Pengajian Lepasan
STPM/Setaraf pula, permohonan adalah tebuka kepada Bukan Warganegara
Malaysia. Calon perlu memohon terus kepada UA/ IPTA pilihan masing-masing melalui Bahagian Akademik dan Kemasukan dengan menggunakan
borang khas yang disediakan oleh UA/ IPTA berkenaan. Walau
bagaimanapun, pemohon bertaraf Penduduk Tetap boleh memohon melalui
Aplikasi Dalam Talian di http://upu.mohe.gov.my
SOALAN 9:
Apakah yang perlu pemohon lakukan jika ibu bapa mereka tiada sijil kelahiran atau sijil kelahiran telah hilang?JAWAPAN 9:
Pemohon boleh mendapatkan cabutan sijil lahir yang hilang atau tercicir diJabatan Pendaftaran Negara (JPN) terdekat.
SOALAN 10:
Adakah pemohon diberi peluang untuk membuat kemaskinipermohonan disebabkan kesilapan dalam mengisi permohonan?
JAWAPAN 10:
Ya, pemohon masih boleh membuat kemaskini kerana tiada sebarang haddalam pengemaskinian permohonan tetapi kemaskini tesebut hanya boleh
dilakukan semasa tempoh permohonan masih dibuka iaitu dari 19 Januari
hingga 6 April 2015.
SOALAN 11:
Adakah pemohon perlu menghantar salinan borang permohonanbersama dokumen sokongan ke UA/ IPTA pilihan?
JAWAPAN 11:
Hanya bagi Kategori Diploma/Setaraf (Program Pengajian LepasanSTPM/Setaraf - Ijazah Pertama) dan Kategori C bagi Program Pengajian
Lepasan SPM/Setaraf sahaja yang perlu menghantar salinan dan dokumen
tersebut. Pemohon perlu mencetak maklumat permohonan dan menghantar bersama-sama dengan salinan dokumen berketerangan sendiri yang telah
disahkan ke UA/ IPTA pilihan kecuali UiTM.
SOALAN 12:
Setiap pemohon perlu memenuhi Syarat Am dan Syarat Khas ProgramPengajian sebelum mengemukakan permohonan. Di manakah semakan
tersebut boleh dilakukan oleh pemohon?
JAWAPAN 12:
Semakan syarat am dan syarat khas program pengajian boleh disemak di e-panduan kemasukan di http://upu.mohe.gov.my dan pemohon perlumemastikan mereka memohon program pengajian yang mengikut aliran
masing-masing semasa menduduki peperiksaan SPM. Contohnya, pelajar
aliran sains perlu memohon program pengajian aliran sains.
SOALAN 13:
Adakah pemohon layak mengemukakan permohonan ke UA/ IPTA melalui aplikasi dalam talian walaupun bukan pelajar SPM tahun semasa (tahun 2014)?JAWAPAN 13:
Ya, pemohon masih layak memohon. Kategori permohonan adalah sepertiberikut:
Kategori A:
Pemohon yang menggunakan kelayakan SPM tahun 2014sahaja.
Kategori B:
Pemohon yang menggunakan keputusan SPM tahun 2012 atau 2013.Kategori C:
Pemohon yang menggunakan keputusan SPM tahun 2011 atau sebelumnya atau sijil yang setaraf dan diiktiraf oleh IPTA.Kategori D:
Pemohon yang menggunakan keputusan; SPM 2011 dengan sijil ulangan SPM 2012 atau, SPM 2012 dengan sijil ulangan SPM 2013 atau, SPM 2013 dengan sijil ulangan SPM 2014.SOALAN 14:
BPKP, JPT adalah Pusat Pengambilan Setempat ke IPTA (politeknik) selain kemasukan ke Universiti Awam (UA). Apakah syarat kemasukan ke IPTAtersebut?
JAWAPAN 14:
Syarat kemasukan ke IPTA bergantung kepada kursus dan peringkatpengajian. Secara umumnya, pemohon mestilah warganegara Malaysia dan
lulus SPM. Bagi kursus peringkat diploma, pemohon mestilah mendapat
sekurang-kurangnya lima kepujian termasuk matapelajaran
matematik/matematik tambahan manakala bagi peringkat sijil, pemohon
perlu mendapat kepujian sama ada matematik/matematik tambahan atau matapelajaran sains/teknikal/vokasional/sastera.Maklumat secara terperinci berkenaan syarat kemasukan boleh diperolehi di www.politeknik.edu.my
SOALAN 15:
Bagaimanakah pemohon boleh mendapatkan status keputusanpermohonan kemasukan ke UA/ IPTA bagi program Pengajian Lepasan
STPM/Setaraf atau program pengajian Lepasan SPM/Setaraf?
JAWAPAN 15:
Pemohon boleh menyemak status keputusan permohonan ke UA/ IPTA melalui 3 kaedah berikut :i.Internet :
- http://upu.mohe.gov.my
- http://jpt.utm.my
- http://jpt.uum.edu.my
- https://jpt.unimas.my
- http://jpt.ums.edu.my
ii. SMS Taip UPU<space>RESULT<space>NO KP dan hantar ke 15888
iii. Telefon :
Helpline 03-8870 6777Talian Am 03-8870 6755 / 6766
Hotline UPU 03-8870 6767
SOALAN 16 :
Setelah membuat semakan status keputusan permohonan ke UA/ IPTA,keputusan menunjukkan bahawa rekod permohonan tiada dalam sistem.
Mengapakah perkara ini berlaku?
JAWAPAN 16:
Perkara ini berlaku kerana pemohon tidak mengemukakan permohonan dan setiap permohonan perlu ‘Klik’ Sah & Hantar. Oleh yang demikian, setiap pemohon perlu mencetak slip permohonan tersebut sebagai rujukan.SOALAN 17:
Mengapakah pemohon ditawarkan ke program bukan dalam pilihansemasa mengemukakan permohonan?
JAWAPAN 17:
Pemohon telah bersetuju pada ruangan penyataan khas untuk menerimatawaran luar pilihan (program pengajian).
SOALAN 18:
Adakah pemohon yang mendapat PNGK tinggi akan ditawarkan kursusluar pilihan sekiranya pemohon menyatakan “tidak” di ruangan
penyataan khas untuk menerima tawaran luar pilihan?
JAWAPAN 18:
Pemohon tidak akan ditawarkan kursus luar pilihan jika menyatakan‘Tidak’. Pemohon perlu membuat rayuan semasa permohonan e-rayuan melalui laman web http://upu.mohe.gov.my.
SOALAN 19:
Sekiranya pemohon membuat e-rayuan dan memilih program pengajianyang sama, adakah pemohon berpeluang untuk mendapat program
pengajian tersebut?
JAWAPAN 19:
Kejayaan mendapat tawaran tertakluk memenuhi syarat dan kekosongantempat. Pemohon dinasihatkan memohon program lain. Pemohon juga
dinasihatkan agar tidak melepaskan peluang untuk belajar dalam program
-program kemahiran kerana peluang untuk belajar bidang kemahiran adalah sangat besar dan peluang pekerjaan juga adalah luas seperti di Politeknik, Kolej Komuniti dan Institut Latihan Kemahiran Awam(ILKA) yang lain.
SOALAN 20:
Mengapakah pemohon yang mendapat PNGK tinggi tetapi masih gagalmendapat tawaran tempat di UA/ IPTA, dan sekiranya pemohon menolak
tawaran ke UA/ IPTA, adakah pemohon boleh membuat e-rayuan?
JAWAPAN 20:
Kejayaan pemohon untuk memperoleh tempat bergantung kepada susunanmerit dan pemilihan program pengajian di UA/ IPTA yang dipohon. Jika merit
pemohon tidak begitu tinggi dan memohon program pengajian kompetitif,
berkemungkinan besar pemohon tidak terpilih untuk ditawarkan program
pengajian dalam pilihan mereka. Begitu juga jika pemohon hanya memohon di Universiti Awam yang popular, pemohon akan menghadapi persaingan yang tinggi dan akhirnya tidak mendapat apa-apa tawaran daripada UA berkenaan.
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) amat prihatin dengan pemohon
yang memperoleh merit tinggi tetapi tidak mendapat tawaran di mana-
mana UA.
Pemohon berkaitan berpeluang menerima tawaran mengikut tiga (3) bidang
pilihan pemohon semasa mengemukakan permohonan. Tawaran tersebut
tertakluk kepada kekosongan tempat di UA dan penyataan “setuju terima”
untuk menerima tawaran di luar pilihan program pengajian mereka.
Pemohon yang tidak berjaya ditawarkan ke mana-mana UA boleh mengemukakan rayuan. Antara beberapa sebab mengapa pemohon tidak ditawarkan ke mana-mana UA adalah kerana:
- 1. Tidak mengemukakan permohonan melalui BPKP, JPT
- 2. Tidak memenuhi syarat am UA dan syarat khas program pengajian
- 3. Permohonan tidak lengkap
- 4. Pemalsuan maklumat atau dokumen semasa mengemukakan permohonan
- 5. Memohon program luar bidang aliran
- 6. Tidak tekan butang Sah & Hantar semasa permohonan
- 7. Pemohon sedang belajar
- 8. Penghantaran dokumen yang lewat selepas tarikh tutup permohonan
- (bagi kategori STPM/Setaraf)
Soalan Lazim Permohonan UPU Ke IPTA/ UA sesi 2016/ 2017 akan dikemaskini selepas permohonan di buka pada tahun 2016 nanti.

Belum ada tanggapan untuk "Soalan Lazim Permohonan UPU Ke IPTA/ UA"
Posting Komentar