Setakat ini peserta terbabit dilaporkan sedang menunggu satu lagi kumpulan perarakan dari Masjid Negara untuk bergerak ke arah kawasan Menara Berkembar Kuala Lumpur (KLCC) melalui Jalan Raja Laut sebelum bergerak ke Sogo. Tindakan kumpulan berkenaan yang membawa sepanduk sambil berjalan di atas jalan raya menyebabkan laluan utama di sekitar Jalan Tun Perak hingga ke Jalan Raja Laut, sesak teruk di kedua-dua hala.
Protes anjuran sekretariat ‘Kita Lawan’ yang terdiri daripada parti politik, badan bukan kerajaan (NGO), golongan profesional dan mahasiswa itu turut mensasarkan satu juta rakyat untuk bersama mereka di sekitar ibu kota.
Menurut jurucakap sekretariat, langkah ini sebagai usaha menuntut pembatalan pelaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dengan serta merta.
Gambar Sekitar Perhimpunan Bantah GST 1 Mei 2015










Belum ada tanggapan untuk "Gambar Sekitar Perhimpunan Bantah GST 1 Mei 2015"
Posting Komentar