Dipetik dari FB JPA, memaklumkan yang Tawaran biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam kepada pelajar yang sedang mengikuti pengajian peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda dalam negara di bawah Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) dan Program Diploma Dalam Negara (PDDN) untuk tahun 2015 akan dibuka secara atas talian melalui http://esilav2.jpa.gov.my mulai 18 Mei hingga 24 Mei 2015.
Permohonan Biasiswa JPA PIDN PDDN 2015 Secara Online
Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) merupakan penajaan kepada pelajar yang sedang mengikuti pengajian di peringkat Diploma dan Ijazah Pertama dalam pelbagai bidang yang ditetapkan. Penajaan peringkat Diploma dinamakan Program Diploma Dalam Negara (PDDN) manakala pengajian Peringkat Ijazah Pertama dinamakan Program Ijazah Dalam Negara (PIDN).Maklumat lanjut mengenai syarat-syarat permohonan, bidang tajaan dan cara memohon boleh diperolehi dengan melayari portal eSilav2 semasa permohonan dibuka.
Applikasi Permohonan Biasiswa JPA
Tarikh permohonan
- 18 Mei bermula 1030 pagi hingga 24 Mei 2015.
Siapakah calon yang layak memohon?
- (i) Permohonan adalah dibuka kepada pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Universiti Teknologi Petronas (UTP) dan Universiti Multimedia (MMU) yang telah melengkapkan sekurang-kurangnya satu (1) semester pengajian atau mempunyai baki tempoh pengajian tidak kurang dari satu (1) tahun di peringkat Ijazah Pertama.
- (ii) Permohonan juga dibuka kepada pelajar IPTA dan Politeknik yang telah melengkapkan sekurang-kurangnya satu (1) semester pengajian atau mempunyai baki tempoh pengajian tidak kurang dari satu (1) tahun di peringkat Diploma. IPTA Tajaan JPA
Syarat-Syarat Permohonan PIDN
- (i) Warganegara Malaysia;
- (ii) Umur belum mencapai 25 tahun pada tarikh permohonan (26 tahun bagi pelajar peralihan);
- (iii) Mempunyai kesihatan yang baik;
- (iv) Memiliki Sijil Penuh Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ SPMV;
- (v) Memperolehi sekurang-kurangnya Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.30 dan setara dalam peperiksaan semester peringkat Ijazah Pertama;
dan - (vi) Telah melengkapkan sekurang-kurangnya satu (1) semester pengajian atau mempunyai baki tempoh pengajian tidak kurang dari satu (1) tahun.
Syarat-Syarat Permohonan PPDDN
- (i) Warganegara Malaysia;
- (ii) Umur belum mencapai 21 tahun pada tarikh permohonan (22 tahun bagi pelajar peralihan);
- (iii) Mempunyai kesihatan yang baik;
- (iv) Memiliki Sijil Penuh Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ SPMV;
- (v) Memperolehi sekurang-kurangnya Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK)
3.30 dan setara dalam peperiksaan semester peringkat Diploma; dan - (vi) Telah melengkapkan sekurang-kurangya satu (1) semester pengajian atau mempunyai baki tempoh pengajian tidak kurang dari satu (1) tahun.
Pertanyaan mengenai masalah teknikal semasa mengisi borang permohonan atas talian boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-8885 3541, 03-8885 3453, 03-8885 3552. Talian -talian telefon ini dibuka setiap hari dari jam 8.00
pagi hingga 5.00 petang mulai 18 Mei 2015 hingga 24 Mei 2015.
Belum ada tanggapan untuk "Permohonan Biasiswa JPA PIDN 2015 Online"
Posting Komentar