Petua hilangkan panau atau kurap yang paling berkesan
Pun begitu, anda boleh cuba satu petua tradisional untuk hilangkan kurap mahupun panau yang bakal penulis kongsikan di bawah ini. Bahan utama yang perlu dicari ialah akar pokok lengkuas genting.Lengkuas genting ni agak berbeza sikit daripada lengkuas biasa. Saiz dan akarnya lebih kecil. Sila rujuk gambar di bawah ya. Anda boleh mencarinya di kawasan tanah poros yang cepat menyerap air ataupun paling senang belilah di pasar yang berdekatan dengan tempat tinggal anda.
Cara Merawat Kurap Dan Panau
Baiklah cara merawat kurap dan panau dengan lengkuas genting ini adalah seperti berikut;- 1. Ambil akar pokok lengkuas genting dalam segenggam.
- 2. Bersihkan akar tu dulu sebelum diparut dan diperah.
- 3. Tujuan memarut dan memerah akar tu adalah untuk mendapatkan airnya.
- 4. Air tersebut kemudiannya boleh disapu atau alirkan saja pada bahagian yang mengalami kurap ataupun panau.
Selain akarnya yang boleh dibuat ubat panau dan ubat kurap, daun beserta akar pokok ini juga boleh digunakan bagi mengatasi sakit urat dan sakit tulang.
Begini caranya;
- 1. Ambil beberapa helai daun dan akar lengkuas genting.
- 2. Bersihkan daun serta akar tadi.
- 3. Tumbuk lumat kesemua bahan di atas.
- 4. Rebuskan bahan yang telah ditumbuk lumat sampai mendidih.
- 5. Setelah mendidih, suamkan air rebusan tadi.
- 6. Kemudian, barulah sapukan air rebusan pada bahagian yang terasa sakit.
Petua sejagat
Belum ada tanggapan untuk "Cara Hilangkan Panau Atau Kurap Yang Paling Berkesan"
Posting Komentar