Intipati Bajet 2016 Malaysia
Lima tunjang utama dalam Bajet 2016 adalah seperti berikut :-
- Memperteguh ketahanan ekonomi negara
- Meningkatkan produktiviti, Inovasi dan teknologi hijau
- Mempersiaga modal insan
- Memperkasa agenda bumiputera
- Meringankan kos sara hidup rakyat
Berikut adalah beberapa intipati penting Bajet 2016 :-
- * Bajet 2016 memperuntukkan RM267.2 bilion, berbanding RM260.7 bilion peruntukan dipinda 2015.
- * RM215.2 bilion bagi perbelanjaan mengurus, RM52 bilion untuk perbelanjaan pembangunan
- * RM70.5 bilion untuk emolumen, RM36.3 bilion untuk perkhidmatan dan bekalan * Di bawah peruntukan pembangunan, sektor ekonomi menerima agihan RM30.1 bilion
- * Peruntukan untuk sektor sosial merangkumi pendidikan dan latihan, kesihatan, perumahan dan kesejahteraan masyarakat RM13.1 bilion
- * Peruntukan sektor keselamatan RM5.2 bilion
- * Kutipan hasil kerajaan Persekutuan untuk 2016, diunjurkan RM225.7 bilion, meningkat RM3.2 bilion berbanding 2015.
- * Defisit fiskal kerajaan dijangka menguncup kepada 3.1 peratus pada 2016.
- * Sasaran sumbangan pelaburan domestik kepada KDNK pada 26.7 peratus bagi tahun 2016
- * Pembangunan Malaysian Vision Valley dengan unjuran pelaburan permulaan RM5 bilion
- * Pembangunan Cyber City Centre di Cyberjaya dengan nilai pembangunan RM11 bilion
- * Pembangunan Bandar Lapangan Terbang atau Aeropolis KLIA dengan pelaburan RM7 bilion
- * Pelaburan RM6.7 bilion oleh Khazanah Nasional dalam sembilan projek domestik berimpak tinggi
- * Projek RAPID Complex Pengerang, Johor dengan pelaburan dianggarkan RM18 bilion
- * Projek Rubber City di Kedah dengan peruntukan RM320 juta, Taman Perindustrian Samalaju, Sarawak (RM142 juta) dan Jeti Minyak Kelapa Sawit di Sandakan, Sabah (RM20 juta)
- * Elaun Pelaburan Semula Khas dalam sektor pengilangan dan pertanian terpilih bagi syarikat sedia ada
- * Pengecualian duti setem 20 peratus ke atas surat cara pembiayaan patuh syariah untuk pembelian rumah
- * Skim Dana Pembiayaan PKS Patuh Syariah sehingga 31 Dis 2017
- * Peruntukan RM107 juta untuk melaksanakan Pelan Induk PKS
- * Peruntukan RM60 juta untuk Skim Anjakan Usahawan serta Skim Peningkatan Kapasiti dan Keupayaan PKS
- * Peruntukan RM200 juta untuk menubuhkan dana pinjaman SME Technology Transformation Fund di bawah SME Bank
- * Membina dan menambah baik pengangkutan rel dan lebuh raya
- * RM900 juta untuk projek penyuraian trafik Jalan Tun Razak
- * Kajian pembinaan lebuh raya pesisiran pantai Masjid Tanah-Klebang-Jambatan Syed Abdul Aziz di Melaka
- * RM42 juta untuk membina Lapangan Terbang Mukah, Sarawak, menaik taraf lapangan terbang di Kuantan dan Kota Bharu
- * Kajian pembesaran landasan Lapangan Terbang di Batu Berendam, Melaka
- *SKMM sediakan RM1.2 bilion untuk projek jalur lebar luar bandar, National Fiber Backbone Infrastructure, jalur lebar kelajuan tinggi dan sistem kabel dasar laut
- * RM250 juta untuk projek pendigitalan penyiaran nasional bagi tingkatkan kualiti audio visual dan beri nilai tambah kandungan tv
- * RM1.4 bilion untuk membina dan menaik taraf jalan luar bandar
- * RM878 juta untuk projek Bekalan Elektrik Luar Bandar kepada 10,000 rumah
- * RM568 juta untuk Projek Bekalan Air Luar Bandar kepada 3,000 rumah
- * Kerajaan sasar 30.5 juta pelancong pada 2016, menyumbang RM103 bilion kepada ekonomi negara
- * Permohonan visa secara dalam talian untuk China, India, Myanmar, Nepal, Sri Lanka, Amerika Syarikat dan Kanada
- * RM450 juta untuk pelbagai program pertanian berimpak tinggi
- * RM190 juta kepada Fama untuk Program Penurunan Harga untuk tambah 50 Pasar Tani dan wujudkan 150 Agrobazaar Rakyat 1Malaysia
- * Penjenamaan semula Mardi, Jabatan Veterinar, Jabatan Pertanian dan Jabatan Perikanan
- * RM235 juta untuk Program Promosi 1Malaysia, Dana Eksport Perkhidmatan dan Dana Promosi Eksport di bawah Matrade.
- * RM150 juta disalurkan kepada Teraju untuk program memperkasa Bumiputera
- * Perkhidmatan pengangkutan kelas ekonomi udara domestik di Sabah, Sarawak dan Labuan bagi laluan Perkhidmatan Udara Luar Bandar dikecualikan GST
- * RM70 juta untuk skim pinjaman tanpa faedah melalui BSN untuk membina dan membaik pulih rumah termasuk rumah panjang di Sabah dan Sarawak dengan had pinjaman RM50,000
- * RM260 juta untuk Program 1Harga 1Sarawak dan 1Harga 1Sabah untuk memastikan keseragaman harga barangan terpilih di seluruh negara
- * RM115 juta untuk Program Khas Bumiputera Sabah dan Sarawak terutama untuk tanah hak adat Bumiputera
- * RM600 juta kepada Tekun meliputi RM500 juta untuk usahawan Bumiputera, RM100 juta untuk usahawan India
- * RM300 juta untuk Program Kemajuan dan Pembangunan Masyarakat Orang Asli
- * Membina 175,000 rumah PR1MA, 10,000 Rumah Mesra Rakyat, 100,000 PPA1M serta 22,300 pangsapuri dan 9,800 rumah teres menerusi Program Perumahan Rakyat
- * RM180 juta untuk penubuhan Agensi Pengurusan Bencana Negara bagi memperkukuhkan pengurusan bencana alam
- * RM730 juta bagi Projek Rancangan Tebatan Banjir seluruh negara
- * RM1.4 bilion untuk menambah baik perkhidmatan awam berkuat kuasa 1 Julai 2016 termasuk memberi satu kenaikan gaji tahunan, menambah baik 252 skim perkhidmatan, gaji permulaan serendah RM1,200
- * Kategori baru penerima BR1M iaitu senarai e-Kasih berpendapatan bawah RM1,000, yang akan menerima BR1M RM1,050
- * Pemberian khas RM500 kepada penjawat awam dan RM250 kepada pesara
- *Ekonomi mampu berkembang sebanyak 5.3 peratus bagi separuh pertama 2015 dan dianggar mencapai 4.5 hingga 5.5 peratus sepanjang tahun.
- *KDNK negara dijangka berkembang pada kadar empat hingga lima peratus pada 2016, dipacu oleh pelaburan dan penggunaan swasta masing-masing pada kadar 6.7 dan 6.4 peratus.
- *Eksport dijangka tumbuh pada kadar 0.9 peratus dan import 1.5 peratus.
- *Sektor pembinaan berkembang 8.4 peratus, perkhidmatan 5.4 peratus, manakala pembuatan sebanyak 4.3 peratus.
- *Kerajaan dapat mengurangkan defisit fiskalnya daripada 6.7 peratus kepada 3.2 peratus yang dijangka pada tahun ini.
- *Kemasukan pelaburan asing terus kukuh pada RM22.4 bilion.
- *Negara dijangka terus berada dalam inflasi terkawal antara dua dan tiga peratus.
- *Jumlah syarikat yang berdaftar dengan GST hampir 400,000 dengan kadar patuh serahan atau 'submission' lebih 90 peratus.
- *Harga minyak dijangka kekal rendah pada 2016 dan kutipan hasil daripada sumber berkaitan dianggar RM31.7 bilion atau penyusutan pendapatan.
- *Hasil kutipan GST dikembalikan semula demi manfaat ramai.
- * Jika GST tidak dilaksanakan dan kita masih dengan sistem SST, hasil negara akan berkurangan sebanyak RM21 bilion.
- *Kutipan GST adalah sebanyak RM39 bilion.
- *Kerajaan bersedia memberi pelepasan GST terhadap beberapa lagi barangan asas kehidupan rakyat.
- *Tujuh langkah penambahbaikan layanan GST berkuat kuasa 1 Januari 2016 termasuk semua jenis ubat terkawal, barangan makanan seperti susu bayi dan kanak-kanak berasaskan soya dan susu organik.
- *Pengguna prabayar warga Malaysia akan mendapat kembali rebat bersamaan dengan amaun GST yang dibayar mulai 1 Januari 2016 hingga 31 Disember 2016.
- *Banjaran pendapatan bercukai bagi kadar cukai tertinggi ditingkatkan daripada 25 peratus kepada 26 peratus bagi mereka yang berpendapatan antara RM600,000 dan RM1 juta.
- *Bagi mereka berpendapatan melebih RM1 juta, kadar cukai akan dinaikkan daripada 25 peratus ke RM28 peratus.
- *Peruntukan Bajet 2016 adalah sebanyak RM267.2 bilion berbanding RM260.7 bilion peruntukan dipinda 2015.
- *Daripada jumlah peruntukan bajet itu, RM215.2 bilion adalah untuk perbelanjaan mengurus dan RM52 bilion bagi perbelanjaan pembangunan.
- *Peruntukan mengurus RM70.5 bilion adalah untuk emolumen dan RM36.3 bilion bagi perkhidmatan dan bekalan.
- *Sebanyak RM100.6 bilion adalah pemberian dan kenaan bayaran tetap.
- *Pembelian aset pula diperuntukkan sebanyak RM761 juta dan RM1 bilion kepada perbelanjaan lain.
- *Peruntukan pembangunan, sektor ekonomi menerima agihan tertinggi sebanyak RM30.1 bilion di ikuti oleh sektor sosial RM13.1 bilion.
- *Sektor keselamatan mendapat peruntukan sebanyak RM5.2 bilion.
- *Sektor pentadbiran am mendapat sebanyak RM1.6 bilion dan simpanan luar jangka RM2 bilion.
- *Bagi 2016, kutipan hasil kerajaan persekutuan dianggar sebanyak RM225.7 bilion, peningkatan sebanyak RM3.2 bilion berbanding 2015.
- *Aktiviti pelaburan domestik akan terus dirancak dengan jangkaan sumbangan kepada KDNK pada 26.7 peratus bagi 2016.
- *Pelaburan permulaan di Malaysian Vission Valley adalah sebanyak RM5 billion.
- *Melaksanakan Cyber City Centre di Cyberjaya dengan nilai pembangunan hampir RM11 bilion dalam tempoh lima tahun.
- *Membangunkan Bandar Lapangan Terbang atau Aeropolis KLIA yang dijangka menarik pelaburan sebnyak RM7 bilion
- *Pelaburan RM6.7 bilion oleh Khazanah Nasional Bhd dalam sembilan projek domestik berimpak tinggi
- *Khazanah Nasional juga memperuntukkan RM500 juta untuk modal teroka dan dana ekuiti persendirian
- *Pelaburan seterusnya sebanyak RM18 bilion bagi Projek RAPID Complex di Pengerang, Johor untuk 2016
- *Memperuntukkan RM320 juta bagi pembangunan Rubber City di Kedah
- *Memperuntukkan RM142 juta bagi pembangunan Taman Perindustrian Samalaju, Sarawak
- *Memperuntukkan RM20 juta bagi pembangunan Jeti Minyak Kelapa Sawit di Sandakan, Sabah
- *Insentif baharu Elaun Pelaburan Semula Khas akan diberikan bagi menggalakkan pelaburan semula
- *Potongan cukai diberikan ke atas kos penerbitan sukuk 'Sustainable and Responsible Investments' dan pengecualian duti setem sebanyak 20 peratus ke atas surat cara pembiayaan patuh syariah untuk pembelian rumah
- *Peruntukan untuk Skim Dana pembiayaan PKS Patuh Syariah sehingga 31 Dis 2017 ditambah RM1 bilion
- *Peruntukan untuk pelan Induk PKS bagi pemberian dana pada pelbagai peringkat perniagaan sebanyak RM107 juta.
- *Peruntukan untuk Skim Anjakan Usahawan dan Skim Peningkatan Kapasiti serta Keupayaan PKS sebanyak RM60 juta
- *Penubuhan dana pinjaman mudah SME Technology Fund sebanyak RM200 juta di bawah SME Bank pada kadar faedah empat peratus
- *Sejumlah RM18 juta diperuntukkan untuk memperluaskan Projek Transformasi Kedai Runcit (TUKAR) dan Projek Automative Workshop Modernisation (ATOM)
- *Infrastruktur logistik akan terus ditambah baik termasuk Lebuhraya Damansara-Shah Alam, Lebuhraya Sungai Besi-Ulu Klang, Lebuhraya Pulau Indah dan Lebuhraya Central Spine Road
- *Sebanyak RM900 juta diperuntukkan untuk Projek Penyuraian Trafik Jalan Tun Razak yang akan dilaksana secara kerjasama strategik awam-swasta
- *Pembinaan lebuh raya persisiran pantai Masjid Tanah ke Klebang dan dari Klebang ke Jambatan Syed Abdul Aziz di Melaka akan dikaji
- *Sejumlah RM42 juta disediakan bagi pembinaan Lapangan Terbang Mukah, Sarawak dan menaik taraf lapangan terbang di Kuantan dan Kota Baharu
- *Kajian pembesaran landasan di lapangan terbang di Batu Berendam, Melaka, akan dilaksanakan
- *Sebanyak RM1.4 bilion diperuntukkan bagi membina serta menaik taraf jalan luar bandar sepanjang 700 kilometer di seluruh negara
- *Sejumlah RM200 juta disediakan bagi menaik taraf jalan di kawasan penempatan Felda
Belum ada tanggapan untuk "Intipati Penting Bajet 2016 Malaysia "
Posting Komentar