Beranda · Cek Resi POS · Cek Resi JNE · EMS Pos Indonesia

Permohonan Kemasukan MRSM 2016 Tingkatan 1 Online

Permohonan Kemasukan MRSM 2016 Tingkatan 1 Semenanjung Malaysia, Sarawak Dan Sabah. Dipetik dari Laman Web Majlis Amanah Rakyat (MARA), permohonan kemasukan ke Tingkatan 1 MRSM 2016 (Maktab Rendah Sains MARA (Semenanjung, Sabah dan Sarawak) akan di buka mulai 19 Oktober sehingga 8 November 2015. (*Kini dilanjutkan ke 23 November 2015). 
  • Permohonan ke SBP 2016 Tingkatan 1 dan 4 boleh klik di SBP 2016
  • Permohonan MRSM 2016 Tingkatan Empat (4) - Klik MARA Empat

Permohonan Kemasukan MRSM 2016 Tingkatan 1 Online

Pelajar tahun enam (6) yang telah menduduki peperiksaan UPSR tahun 2015 dan mendapat keputusan yang cemerlang, anda boleh membuat permohonan kemasukan ke Tingkatan Satu (1) MRSM 2016 secara online.
Permohonan MRSM 2016 Tingkatan 1


  • * Nota MAKLUMAN : Tarikh Permohonan ke MRSM 2016 Tingkatan 1 adalah dari 19 Oktober sehingga 8 November 2015
  • * Applikasi Permohonan MRSM Tingkatan 1 2016 - Klik MARA
  • * Maklumat Kemasukan :
[Iklan Permohonan] [Permohonan Semenanjung Ting.1] [Permohonan Kemasukan Sabah& Sarawak Ting.1] [Panduan Permohonan Ting.1

Panduan Membuat Permohonan Kemasukan Ke MRSM 2016 Tingkatan 1 Online


  • 1. Pemohonan kata laluan secara percuma boleh di buat secara talian di https://mohon.mrsm.edu.my/form1/login.jsp
  • 2. Setelah mendapat kata laluan, langkah seterusnya pemohon perlu melayari applikasi permohonan dalam talian, untuk mengisi maklumat penting permohonan
  • 3. Cetakan Borang Permohonan dan semua dokumen berkaitan yang telah disahkan perlu di hantar ke alamat di bawah ini :-
(Permohonan Ke Tingkatan 1 2016)
Pengarah
Bahagian Pendidikan Menengah
Tingkat 19, Ibu Pejabat MARA, 21, Jalan Raja Laut,
50609 Kuala Lumpur
  • Tarikh akhir penghantaran dokumen adalah pada 20 November 2015

Syarat Permohonan Dan Maklumat Tambahan

  1. Memperolehi keputusan minimum 3A 2B dalam UPSR 2015. Gred A bagi matapelajaran Sains dan Matematik
  2. Pemohon yang berjaya sahaja akan dihubungi. Permohonan tidak berjaya jika tiada sebarang jawapan diterima sehingga 30 April 2016

Rayuan MRSM 2016

  1. Pemohon yang tidak berjaya pada pengambilan pertama akan diberi peluang mengemukakan rayuan secara online (tertakluk kepada markah ketika menduduki UKKM). 
  2. Jika gagal ketika UKKM, pemohon tidak dibenarkan merayu (tiada butang rayuan ketika semakan dibuat). 
  3. Begitulah seterusnya proses permohonan rayuan sehingga semua tempat pelajar MRSM telah dipenuhi

Artikel keren lainnya:

Belum ada tanggapan untuk "Permohonan Kemasukan MRSM 2016 Tingkatan 1 Online"

Posting Komentar