Tarikh Pembentangan Bajet 2016 Malaysia
Tarikh Pembentangan Bajet 2016 Malaysia. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Bajet 2016 dijadual dibentangkan di Parlimen pada 23 Oktober 2015. Fokus Bajet 2016 adalah untuk memperkukuh pertumbuhan, memperluas keterangkuman dan memastikan kemampanan fiskal. Tarikh Pembentangan Bajet 2016 Malaysia - 23 Oktober 2015
Bajet 2016 akan menjadi bajet pertama di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) yang dibentang di Parlimen pada 21 Mei. Anda boleh melayari Laman Web Bajet 2016 di BAJET 2016.- Tarikh : 23 Oktober 2015 (Jumaat)
- Masa: 3.30 petang
“Sasaran makro dan strategi meluas yang digariskan di bawah RMK11 akan direalisasikan melalui bajet tahunan.
“Bajet tahunan merupakan blok kritikal ke arah mencapai status negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2020,”
Kerajaan juga akan membentangkan hasil kutipan daripada Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dalam Bajet 2016 disamping menyenaraikan hasil yang dikutip daripada GST dan apa yang dilakukan untuk pembangunan ekonomi.
Belum ada tanggapan untuk "Tarikh Pembentangan Bajet 2016 Malaysia"
Posting Komentar