Tarikh Perlawanan Akhir JDT Vs Istiklol FC Final AFC Cup 2015
- Final Piala AFC (AFC Cup 2015)
- JDT (Malaysia) VS ISTIKLOL (Tajikistan)
- Tarikh : 31 Oktober 2015 (800 malam waktu Malaysia)
- Tempat : Dushanbe, Tajikistan
- Live - Link live streaming - JDT Vs FC Istiklol
Perkara ini telah diumumkan menerusi satu kenyataan di petik dari Laman Web AFC :-
Following the decision by FIFA to suspend the Kuwait Football Association and its members from all football activities Kuwait SC and Qadsia SC are no longer eligible to compete in the AFC Cup semi-finals.The AFC Cup final therefore will now be between Johor Darul Ta'zim of Malaysia and FC Istiklol of Tajikistan. The final will be played on October 31 in Dushanbe in Tajikistan.
Tindakan ini diambil oleh Persatuan Bola Sepak Antarabangsa FIFA akibat masalah yang ditimbulkan oleh Pasukan Bolasepak Kuwait dalam pengubahan undang-undang bola sepak negara.
Sehubungan itu, FIFA menghalang pasukan-pasukan daripada terlibat dalam mana-mana kejohanan antarabangsa.
Justeru itu, JDT diberikan kemenangan oleh AFC dan akan terus ke perlawanan akhir Piala AFC bertemu pasukan FC Istiklol dari Tajikistan dan tarikh perlawanan tersebut dijadualkan pada 31hb Oktober ini. Menurut JDT, peluang ini dianggap rezeki buat pasukan dan penyokong Harimau Selatan untuk bersama-sama menyaksikan Johor Darul Ta'zim melakar satu lagi lembaran baru dalam titian perjalanan mereka di bawah naungan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Semalam, Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) telah menggantung Persatuan Bola Sepak Kuwait (KFA) susulan campur tangan kerajaan dalam pengubahan undang-undang bola sepak negara.
FIFA mengambil keputusan tersebut dengan segera setelah memberi amaran keras kepada KFA supaya elak daripada melaksanakan undang-undang baru tersebut.
Belum ada tanggapan untuk "Tarikh Perlawanan Akhir JDT Vs Istiklol FC Final AFC Cup 2015"
Posting Komentar