Berhati-Hati Dengan Panggilan +375, +371 Atau 081
Dikongsikan dari FB PDRM, PERINGATAN PENTING : PDRM mengesahkan bahawa hebahan mengenai kod panggilan telefon antarabangsa tertentu iaitu Panggilan +375, +371 Atau 081, yang mengenakan cas yang tinggi kepada pemanggil adalah sahih. Berhati-Hati Dengan Panggilan +375, +371 Atau 081
Orang ramai diingatkan agar tidak membuat panggilan kembali terhadap nombor luar negara +375602605281, 37127913091 atau mana-mana nombor yang bermula dari +375, +371 atau 081 (missed call/panggilan yang tidak dikenali).
Panggilan +375, +371 Atau 081 boleh membuatkan pemanggil dikenakan caj yang tinggi (premium rates).
Selain itu, orang ramai juga diingatkan agar tidak menerima dan mengikut mana-mana arahan hyperlink yang diterima dari sumber yang tidak pasti atau diragui. Sentiasa berhati-hati bagi mengelakkan diri menjadi mangsa jenayah siber.Sumber imej Panggilan +375, +371 Atau 081 daripada Facebook 1Sabah
Belum ada tanggapan untuk "Berhati-Hati Dengan Panggilan +375, +371 Atau 081"
Posting Komentar