Borang Daftar E-Kasih Online Jabatan Kebajikan Masyarakat
Antara ciri-ciri utama yang terdapat dalam eKasih adalah seperti berikut:- Semakan status kemiskinan secara online
- Penyelarasan maklumat bantuan
- Pengemaskinian maklumat kemiskinan secara online
- Pengiraan Status Kemiskinan (miskin/miskin tegar) secara automatik berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) per kapita
- Penjanaan laporan dan statistik kemiskinan
- Poverty mapping dan pemantauan kemiskinan
Siapa Yang Layak Mendaftar eKasih
Menurut FAQ eKasih, semua Ketua Isi Rumah (KIR) yang berpendapatan kurang dari RM1,500 (Bandar) dan RM1,000 (Luar Bandar) adalah digalakkan untuk mendaftar.Individu yang ingin mendaftar boleh juga merujuk kepada Pejabat Daerah dan Jabatan Pembangunan Persekutuan/Pejabat Pembangunan Negeri (JPP/PPPN).
Apllikasi eKasih
- Pendaftaran - https://ekasih.icu.gov.my/Pages/login.aspx
- Semakan Pendaftaran - https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx
- Pemakluman Kemiskinan - https://ekasih.icu.gov.my/Pages/login.aspx
Kelulusan penyaluran bantuan adalah tertakluk kepada keputusan agensi pemberi bantuan berdasarkan syarat dan kriteria bantuan masing-masing. Data eKasih digunakan agensi pemberi bantuan untuk mengenal pasti mereka yang benar layak berasaskan kepada profil terkini peserta.
Dengan adanya Borang Daftar E-Kasih Online Jabatan Kebajikan Masyarakat, orang ramai di harap dapat memanfaatkan sistem ini dalam menyalurkan maklumat kemiskinan yang dihadapi secara online untuk semakan Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri.
Belum ada tanggapan untuk "Borang Daftar E-Kasih Online Jabatan Kebajikan Masyarakat"
Posting Komentar