Trofi kejuaraan Liga Juara-Juara Eropah merupakan piala ketiga buat Barca musim ini selepas menjuarai La Liga dan Piala Raja Sepanyol sekaligus Barca melakukan treble musim ini di bawah jurulatih muda, Luis Enrique.
Pada perlawanan awal pagi ini, gol Barcelona mendahului Juventus 1-0 pada separuh masa pertama hasil jaringan oleh Ivan Rakitic seawal minit ke-4. Bekas penyerang Real Madrid Alvaro Morata menghasilkan gol penyamaan 1-1 beberapa minit separuh masa kedua bermula, namun tidak dapat menyekat dominasi Barca yang memburu dua lagi gol selepas itu. Pada separuh masa kedua, Barca menambah gol menerusi Luis Suarez pada minit ke-68 diikuti penyerang Brazil, Neymar pada minit terakhir permainan.

Belum ada tanggapan untuk "Keputusan Rasmi Barcelona Vs Juventus Final Champions League 2015"
Posting Komentar