Ia susulan dua mayat dibawa keluar dari kawasan pergunungan itu malam tadi.
Usaha sedang dilakukan untuk menjejaki enam lagi individu yang masih hilang di kawasan pergunungan itu.
Sementara itu, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman berkata Majlis Rumah Terbuka Malaysia Tadau Kaamatan 2015 turut dibatalkan sebagai tanda simpati kepada semua yang terlibat di dalam bencana ini.
Beliau berkata semua jabatan dan agensi dikehendaki menurunkan bendera Sabah separuh tiang sebagai menghormati semua mangsa yang terkorban.
Senarai Mangsa Yang Terkorban Kejadian Gempa Bumi Sabah Jun 2015
1) Robi Satinggi, 30 - Malim Gunung
2) Wee Wing Ping Peony, 12 - pendaki wanita yang juga pelajar warga Singapura

Belum ada tanggapan untuk "Sabah Isytihar Isnin 8 Jun 2015 Hari Berkabung "
Posting Komentar