
Persaraan bekas Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dianggap bagai mimpi oleh sesetengah pihak yang tegar menyokongnya.
Presiden Gerakan Integrasi Belia (GIB), Syed Mohd Khusyairi Syed Yaakob berkata, sebagai rakyat Kelantan, beliau merasa amat terkejut mengenai berita tersebut yang disiarkan di media massa.
Menurutnya, beliau menyangka Nik Abdul Aziz akan tetap menyambung tugasnya sebagai menteri besar selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), sementelah Pas berjaya mengekalkan taklukan ke Kelantan.
Katanya, Kelantan bagaikan sebati dengan nama Datuk Nik Aziz Nik Mat dan bila disebut Kelantan, orang pasti teringatkan Datuk Nik Aziz dan begitulah sebaliknya hubungan Nik Aziz dan Kelantan seperti irama dan lagu.
“Tetapi nak tak nak semuanya sudah tersurat oleh ALLAH SWT dan rakyat Kelantan perlu terima suratan ini bahawa pemimpin akan datang silih berganti. Bagi yang menyayangi beliau, dia ada aura tersendiri.
“Saya berpendapat, Nik Aziz mungkin sudah membuat perancangan untuk ini, dengan strategi beliau sendiri. Kenapa beliau tidak meletak jawatan sebelum PRU13? Kenapa selepas PRU13 baru beliau meletak jawatan? Tidakkah beliau akan merasa malu kelak andainya tewas dalam PRU13 dan ketika itu baru hendak meletak jawatan?Katanya, walaupun Nik Aziz seorang pemimpin yang mempunyai aura tersendiri, Menteri Besar Kelantan yang baru, Datuk Ahmad Yacob mungkin tidak kurang hebatnya.
“Dalam setiap diri seseorang, ALLAH SWT kurniakan kelebihan dan kekurangan masing-masing. Dengan persaraan Tuan Guru sebagai MB dan digantikan oleh Datuk Ahmad, mungkin akan ada kalangan rakyat Kelantan meragui kebolehan sebagai menteri besar yang baru.
“Biasalah sesuatu yang baru, kalau dah lama pakai, baru tahu potensinya. Berikan beliau peluang sebelum penilaian dilakukan. Keindahan sesebuah buku bukan dinilai pada kulitnya tetapi isi dalamnya," katanya - Sinar HarianBIODATA TUAN GURU NIK AZIZ
Nama : Nik Abdul Aziz bin Nik Mat Tarikh Lahir: 1931
Tempat lahir : Kampung Pulau Melaka,Kelantan.
Pengajian :
Pondok Tuanguru Hj Abbas, Besut
Universiti Deoband India
Universiti Lahore Pakistan
Universiti Al Azhar
Sarjana Muda bahasa Arab
Sarjana Perundangan Islam
VIDEO KHAS UNTUK TUAN GURU NIK AZIZ
Kredit - FB Islam Agama Ku
Artikel keren lainnya:
Belum ada tanggapan untuk "Khas Untuk Tok Guru Nik Aziz Nik Mat - Bekas MB Kelantan"
Posting Komentar