Surah al-Kahfi Dan Kelebihannya. Surah al-Kahfi mempunyai 110 ayat. Ia merupakan surah Makkiyah. Di dalamnya terdapat mesej-mesej aqidah yang didatangkan sebahagiannya dalam bentuk cerita. MARI HAFAL/HAFAZ 10 AYAT SURAH AL KAHFI INI.
BERSAKSILAH KITA SEMUA BAHAWA 10 AYAT DARI ALLAH INI AMAT PENTING UNTUK KITA HAFAL DI AKHIR ZAMAN INI.
Dan jangan kata bahawa kamu tidak pernah diberitahu tentang kepentingan menghafal ayat ini.
Dari Abu Darda r.a. beliau mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda: “Barangsiapa yang MENGHAFAL SEPULUH AYAT TERAWAL dari surah Al- Kahfi, maka dia akan TERLINDUNG dari (fitnah dan pembohongan) DAJJAL.”
H.R. Muslim, Abu Dawud, Nasai, Tirmidzi, Qatadah.
SURAH AL KAHFI ayat 1-10 (saya sertakan ejaan rumi bagi membantu mereka-mereka yang tidak lancar membaca Al Quran) Surah al-Kahfi Bacaan Dalam Rumi
Bismilahirrahmanirohim....- 1. Alhamdulillahiladzi an zala ala abdihil kita bawa lam yaj a’l lahu I’waja.
- 2. Qoy yimal liyun dziro baq san syadi dam minladun hu wa yubash shiral muqminin* nalladzi nayaq malu nas so li hati an nalahum ajran hasana.
- 3. Ma kithi nafi hi abada.
- 4. Wayun Dzirol ladzi na qolut tak ha zallahu walada.
- 5. Mala hum bihi min I’l miu wala li a ba ihim, kaburat kalimatan takh rujumin afwahi him I’ yaqulu na illa ka dziba.
- 6. Fa la a’l lakaba khi aun naf saka a’la A tha rihim il lam yuq minu biha dzal hadi thi asafa.
- 7. In na ja a’lna ma a’lal ardi zinatal laha linabeluwahum ay yuhum ah sanu a’mala.
- 8. Wa in na laja I’lu nama a’lai ha so I’dan juru za.
- 9. Am hasi bata an na asha bal kahfiwar roqimika nu min a yatina a’jaba.
- 10. Idz awal fithyatu ilal kahfifaqolu robbana atina minladun karahma h*taw wahai yiq lana min amrina rosyada.
Note: Cara bacaan, Makhraj Huruf, Harakat dan lain-lain anda boleh ikuti bacaan contoh dalam video yang disertakan. Terima Kasih semua. BaraqAllahufikum.Sumber http://www.youtube.com/watch?v=TkBaBqCTvr8
Kelebihan Membaca Surah Al-Kahfi
Antara cerita atau penjelasan kisah yang dibawa di dalam surah ini ialah tentang kisah beberapa pemuda Ashabul Kahfi yang mempertahankan aqidah mereka tatkala diburu oleh pemerintah yang zalim, kisah si kafir yang memiliki dua kebun dan sahabatnya seorang yang beriman kepada ALLAH, kisah Nabi Musa dan Khidir, dan kisah Dzulqarnain membantu kaum yang berhadapan dengan masalah yang ditimbulkan oleh Yakjuj dan Makjuj.
Surah ini juga mengajar ummat Islam agar apabila berjanji, hendaklah mengatakan “in sha’ ALLAH”. Ia suatu kalimah yang sangat penting. Antara asbab turunnya beberapa ayat di dalam surah al-Kahfi ialah kerana Nabi sallAllahu `alaihi wasallam ditanya oleh orang-orang musyrik tentang 3 perkara iaitu kisah Ashabul Kahfi, kisah Dzulqarnain dan tentang ruh.
Namun, wahyu tidak turun kerana Nabi sallAllahu `alaihi wasallam tidak menyebut “in sha’ ALLAH” tatkala berjanji untuk menjawab tiga persoalan tersebut. Selepas beberapa ketika dan agak lama menunggu wahyu, akhirnya turunlah ayat yang menyuruh Nabi sallAllahu `alaihi wasallam menyebut “in sha’ ALLAH” tatkala berjanji, diturunkan sekali jawapan-jawapan dari ALLAH tentang 3 persoalan tersebut.
Terdapat beberapa kelebihan khusus yang telah disebut oleh Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bagi sesiapa yang membaca surah al-Kahfi. Antara kelebihannya ialah pengampunan dosa di antara Jumaat dengan Jumaat jika dibaca pada hari Jumaat dan dijauhi fitnah al-Masih ad-Dajjal jika menghafal 10 ayat terawalnya.
1. Abu Sa`id al-Khudri radhiAllahu `anhu beliau berkata bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:
“Barangsiapa membaca surat al-Kahfi pada hari Jumaat, maka ALLAH terangi ia dengan cahaya di antara dua Jumaat.”
(HR al-Hakim dan Baihaqi, disahihkan oleh al-Albani)
2. Daripada Ali yang meriwayatkan daripada Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam, Baginda bersabda yang maksudnya:
“Barangsiapa membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, nescaya dirinya terpelihara hingga lapan hari, daripada segala fitnah yang melanda, dan jika keluar Dajjal sekalipun, dia akan terpelihara daripadanya.”
(Al-Dhurr al-Manthur oleh al-Suyuti 5:355)
3. Daripada Abu al-Darda’ bahawa Nabi sallAllahu `alaihi wasallam telah bersabda yang maksudnya:
“Barangsiapa yang menghafaz sepuluh ayat daripada awal surah al-Kahfi, pasti terlindung daripada dajjal.”
(HR Muslim 809)
sharing dari Muzir Wordpress
BACAAN SURAH AL-KAHFI
Artikel keren lainnya:
Belum ada tanggapan untuk "Surah al-Kahfi Bacaan Dalam Rumi Dan Kelebihan"
Posting Komentar