Sebab ron 97 ikut harga pasaran. Tiada subsidi untuk ron 97 sebenarnya di Malaysia. Harga ron 97 telah di apungkan oleh kerajaan sejak tahun lepas. Jika harga minyak dunia turun maka harga ron 97 akan ikut turun. Jika harga minyak dunia naik maka harga ron 97 akan ikut naik. Kerana tiada lagi peruntukkan subsidi untuk ron 97.
Di Malaysia, ron 97 di tarifkan sebagai minyak yang berkualiti. Dan minyak jenis ini sesuai di pakai oleh kenderaan yang berprestasi baik. Biasanya kenderaan seperti ini dimiliki oleh orang2 kaya di Malaysia walaupun bukan semua yang kaya.
Di Malaysia, bila harga minyak naik = harga barang akan ikut naik. Tak kira lah samada ron 97 mahupun ron 95 yang naik. Yang pasti harga barang memang akan dinaikkan. Peniaga2 di Malaysia tidak mampu dikawal dan dipantau oleh kerajaan kita kerana penguatkuasa yang lemah dan lembik.
Belum ada tanggapan untuk "Punca Harga Minyak RON97 Turun"
Posting Komentar