Bayaran Secara Online Perbadanan Tabung Pendidikan
Tinggi Nasional (PTPTN)
Kaedah-kaedah bayaran balik pembiayaan adalah seperti berikut:
1) Melalui Kaunter
Ibu Pejabat PTPTN
Pejabat PTPTN Negeri (Pahang, Perak, Kelantan, Terengganu, Melaka, Pulau Pinang, Sarawak, Negeri Sembilan dan Kedah)
One Stop Centre PTPTN, KL Sentral
One Stop Centre PTPTN, Putrajaya
Urban Transformation Centre (UTC) Kuala Lumpur
Bank Islam Malaysia Berhad
CIMB Bank Berhad
Bank Simpanan Nasional
Pos Malaysia Berhad
Ibu Pejabat LHDNM
2) Potongan Gaji
3) Perbankan Internet
4) Portal Rasmi PTPTN (e-FES) Melalui Financial Processing Exchange (FPX)
5) Pengeluaran Wang Melalui Akaun II (KWSP)
Nota:* Syarat-syarat pengeluaran wang melalui Akaun II (KWSP) adalah seperti berikut:Permohonan pengeluaran oleh Ahli sendiri: - Bagi peringkat pengajian Ijazah dan Diploma : perjanjian pembiayaan pendidikan adalah bagi 2 Januari 2001 dan ke atas.
Permohonan pengeluaran oleh ibu/ bapa penerima biaya:- Bagi peringkat pengajian Ijazah : perjanjian pembiayaan pendidikan adalah bagi April 2000 dan ke atas.
- Bagi peringkat pengajian Diploma : perjanjian pembiayaan pendidikan adalah bagi 17 Januari 2006 dan ke atas.
MAKLUMAN (Bagi Pembayaran di Kaunter Bank & Pejabat Pos)
- No. Akaun Penerima : No. Kad Pengenalan Penerima biaya
- Nama Penerima : PTPTN-PEMBIAYAAN (No. Akaun PTPTN tidak diperlukan)
- No. Bil/Kontrak/Rujukan : No. Rujukan Surat Tawaran/ No Telefon Penerima biaya
- Kata Laluan : No. Kad Pengenalan Penerima biaya
- No. Pin/Password : No. Pembiayaan Penerima biaya (Sila rujuk no. pembiayaan pada Penyata Kira-Kira)
- Setiap pembayaran yang dilakukan melalui kaunter bank atau secara dalam talian (online) akan dikenakan caj perkhidmatan oleh pihak bank.
- Sila simpan slip pembayaran atau cetak resit bayaran untuk simpanan anda.
- Resit rasmi PTPTN hanya akan dikeluarkan sekiranya pembayaran dibuat terus kepada PTPTN.
- Pembayaran melalui cek peribadi adalah dibenarkan.
Nota:
* Bayaran melalui bank deraf/ kiriman wang hendaklah berpalang dan dibayar atas nama 'PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL'. Sila poskan ke alamat berikut:
Ketua Eksekutif
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional
Lot G2, Tingkat Bawah, Wisma Chase Perdana
Off Jalan Semantan, Damansara Heights
50490 Kuala Lumpur
(u.p: Unit Terimaan)
Sumber - Laman Web PTPTN
Artikel keren lainnya:
Belum ada tanggapan untuk "Cara Buat Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Secara Online"
Posting Komentar