Cara Kira Zakat Gaji Dan Pendapatan
Gaji / Pendapatan
Gaji ialah bayaran yang dibuat atau diterima oleh seseorang sebagai upah kerja atau perkhidmatan yang dilakukan mengikut masa tertentu termasuk juga elaun dan imbuhan daripada apa-apa pekerjaan dan perkhidmatan profesional.Kaedah pengiraan Zakat Pendapatan
Iaitu pendapatan kasar setahun semasa ditolak dengan keperluan asas sebenar pada tahun semasa. Kiranya sama atau melebihi nisab maka dikeluarkan zakatnya 2.5%.Keperluan asas sebenar pada tahun semasa :
1. Saraan-saraan hidup yang diperlukan bagi :
|
Zakat Pendapatan |
a. Sara diri – RM 9,000.00
b. Isteri – RM 3,000.00 x Bilangan isteri
c. Anak – RM 1,000.00 x Bilangan anakd. Mereka yang dibawah tanggungannya.2. Perubatan
3. Pendidikan
Contoh pengiraan
A. Pendapatan
Gaji | RM 36,000.00 |
Elaun | RM 6,200.00 |
Bonus | RM 4,000.00 |
Jumlah pendapatan Setahun | RM 46, 200.00 |
| |
B.Perbelanjaan | |
Penolakan | |
Saraan diri | RM 9,000.00 |
Isteri | RM 3,000.00 |
Anak RM 1,000.00 x 4 orang | RM 4,000.00 |
Saraan ibu dan bapa RM200.00 x 12 bulan | RM 2,400.00 |
Perubatan anak RM200.00 x 12 bulan | RM 2,400.00 |
Jumlah penolakan setahun | RM 20,800.00 |
Pendapatan (A) – Perbelanjaan (B) | RM 25,400.00 |
Zakat = RM 25,400.00 x 2.5% | RM 635.00 (setahun) |
| *RM 53.00 (sebulan) |
* Bayaran zakat pendapatan juga boleh dibuat tanpa membuat tolakan daripada tolakan-tolakan yang dibenarkan di atas.
SYARAT WAJIB ZAKAT
Pertama – IslamZakat diwajibkan ke atas orang Islam sahaja.Orang bukan islam tidak diwajibkan zakat.
Kedua – MerdekaZakat diwajibkan keatas orang Islam yang merdeka.Hamba tidak wajib mengeluarkan zakat.
Ketiga – Sempurna MilikHarta yang dimiliki dan kuasai sepenuhnya oleh orang Islam yang merdekadan bebas untuk menggunakannya.
Keempat – Cukup NisabNisab ialah kadar minima yang ditetapkan oleh syarak bagi sesuatu hartauntuk dikeluarkan zakat. Kekurangan daripada kadar tersebut menggugurkan kewajipan berzakat.
Kelima – Sempurna HaulHarta yang telah cukup nisab hendaklah berada dalam pemilikan dan simpananselama setahun iaitu pusingan 12 bulan tahun Hijrah (354 hari)PERINCIAN KATEGORI PENDAPATAN
* Hasil Pengajian & Upah TahunanGaji & Elaun & BonusGanjaran, Gratuiti dan Keuntungan ESOS (Skim Pilihan Saham Pekerja)** Hasil Bebas & Profesional Tahunan : Hasil Bersih (selepas tolakan kos yang terlibat dalam tahan haul)
Perkhidmatan Konsultansi ProfesionalKomisyen dan Residual IncomeRoyalti & HonorariumHasil Projek BermusimHasil Tunai Sekali-sekala seperti Hasil Pembiayaan Semula Aset atau Hasil Jualan Aset Tetap atau Pinjaman Bank yang Tiada Tujuan dan lain-lain*** Hasil al-Mustaghallat Tahunan : Hasil Bersih (selepas tolakan kos yang terlibat dalam tahun haul)
Hasil Sewaan Tanah / Bangunan / Kenderaan / pengangkutanHasil Pertanian kekal seperti getah, kelapa sawit, durian dan sebagainya yang pokok dan tapaknya tidak dijualHasil Perusahan dan Ternakan yang aset tetapanya atau induk betinanya tidak dijualKalkulator Kiraan Zakat Pendapatan
LINK 1LINK 2
Sumber : Lembaga Zakat Selangor Dan Majlis Agama Islam Johor
Artikel keren lainnya:
Belum ada tanggapan untuk "Cara Kira Zakat Pendapatan"
Posting Komentar