Penghargaan
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Alhamdulillah dengan penuh kesyukuran dan keredhaan dari Allah, dengan usaha yang telah disatukan, akhirnya terhasil juga satu tugasan sebagai melengkapkan salah satu keperluan dalam Penilaian Menengah Rendah 2013.
Terima kasih diucapkan kepada Cikgu ............., Guru matapelajaran Sejarah Tingkatan 3 .............., Sekolah............. yang tidak pernah jemu mencurahkan ilmu pengetahuan dan idea serta panduan dalam menyelesaikan tugasan ini. Selain itu, jutaan terima kasih buat tuan Pengetua, Puan ...............kerana memberi saya kebenaran untuk melakukan kajian ini.
Terima kasih juga kepada ayahanda dan bonda tercinta, ..................... dan ............................ serta adinda-adinda tersayang ...................................... yang sentiasa memberi dorongan, semangat dan kerjasama serta keprihatinan yang tidak terhingga sehingga saya dapat melengkapkan tugasan saya ini. Rakan-rakan yang bekerjasama membuat kajian seperti ........................................................... yang sentiasa menolong saya dengan menemani saya semasa melakukan kajian.
Sekian.
Objektif Kajian
Kajian ini dilakukan dengan objektif:
· Mengetahui dan mengenali satu kegiatan ekonomi tradisional di negara kita
-Dengan ini, pengetahuan saya akan bertambah di samping melakukan pemerhatian.
· Mengumpul fakta sejarah mengenai ekonomi tradisional yang dikaji
-Ekonomi tradisional penanaman padi merupakan satu tajuk yang agak senang untuk mengumpul fakta sejarah. Oleh itu, saya telah memilih tajuk ini.
· Mengenalpasti latar belakang dan sumbangan kegiatan ekonomi tradisonal yang dikaji
-Di samping dapat mengetahui latar belakang ekonomi tradisional, saya juga dapat mengenalpasti sumbangan kegiatan ini kepada individu, masyarakat dan negara.
· Memperkukuh semangat nasionalisme dalam kegiatan ekonomi tradisional
-Saya bersyukur kerana dapat menerapkan semangat nasionalisme dalam diri ketika sedang melakukan kajian.
Kaedah Kajian
Lawatan dan Pemerhatian
Saya telah membuat pemerhatian tentang kegiatan penanaman padi yang berdekatan tempat tinggal saya, iaitu Kampung Sungai Gulang-Gulang, Tanjong Karang , Selangor.
Temu Ramah
Saya telah menemu ramah seorang pengusaha padi yang sudah lama berkecimpung dalam pertanian ini bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang perkembangan teknik perusahaan padi serta cerita disebalik pertanian padi ini.
Analisis dokumen
Saya menganalisis dokumen yang diperoleh daripada buku-buku ilmiah yang terdapat di perpustakaan mengenai pertanian padi.
Melayari internet
saya telah melayari internet untuk mendapatkan maklumat tentang kaedah penanaman padi
Hasil Kajian
PENANAMAN PADI
1. Maklumat Asas
Pertanian padi yang dijalankan oleh Embah Riman bin Dikon bermula dengan usaha ayahnya, Allahyarham Embah Dikon yang bekerja keras untuk membeli 2 keping sawah padi bagi menyenangkan keluarga. Setelah itu, Allahyarham telah mengusahakan sawah padi itu bersama dua orang anak lelakinya, Allahyarham Embah Rimon ( abang kepada Embah Riman ) dan Riman ( beliau sendiri ). Kadangkala, 3 orang anak perempuannya juga turun membantu ketika menanam padi. Sawah kepunyaan keluarga Embah Riman terletak di Sawah Sempadan.
2. Latar belakang
Tujuan pertanian padi diusahakan ialah sebagai punca pendapatan keluarga. Selain itu, pertanian sawah yang diusahakan Embah Riman merupakan warisan keluarganya. Oleh itu, Embah Riman masih mengekalkannya kerana sawah itu pula akan diwarisi kepada anaknya juga generasi seterusnya.
Embah Riman bersama abang dan ayahnya akan keluar selepas subuh untuk memulakan kerja-kerja menanam padi di awal musim. Kuku kambing digunakan untuk menanam padi. Selepas itu, sabit akan digunakan ketika musim menuai. Kemudian kerja-kerja membanting padi dengan menggunakan tong dan layar untuk meleraikan padi dari tangkainya, kemudian mengipas padi dengan menggunakan kipas padi bertujuan untuk mengasingkan hampa dan padi.
Embah Riman melakukan kerja membanting padi di belakang rumahnya kerana peralatan tong dan layar ada di situ. Kerja mengipas padi juga hanya dilakukan di rumah kerana kipas padi juga terletak dirumah. Padi tersebut kemudiannya dihantar ke kilang untuk untuk diproses menjadi beras. Sebelum adanya kilang-kilang memproses beras, kerja menumbuk padi dilakukan untuk menghasilkan beras. Sebelum menumbuk padi, pastikan padi telah dijemur sehingga kering. Kerja menumbuk merupakan kerja yang paling susah kerana sekiranya padi yang ditumbuk belum kering, padi akan hancur bersama sekam dan tidak boleh dimakan. Seterusnya, kaum wanita akan mengambil alih dengan menampi untuk menghasilkan beras.
Sekarang, Embah Riman hanya mengupah pekerja untuk menguruskan sawah padinya. Namun begitu, Embah Riman juga rajin menjenguk sawahnya bagi memantau perkembangan sawah miliknya. Selebihnya, tentang pengangkutan serta kerja-kerja menanam, menuai, dan seterusnya di lakukan oleh pekerja tersebut dengan menggunakan jentera-jentera canggih masa kini atas nasihat pihak MARA.
3. Sumbangan / Pengaruh kepada keluarga atau masyarakat
Pertanian yang dipertahankan Embah Riman telah meningkatkan taraf sosial ekonomi masyarakat setempat. Selain itu, pertanian padi ini masih diteruskan oleh Embah Riman kerana permintaan berterusan pihak BERNAS yang akan mengambil hasil tuaian pada setiap kali musim menuai. Pertanian ini juga telah menguatkan semangat kejiranan antara jiran kerana adanya kerjasama sesama masyarakat. Penerusan tradisi keluarga ini juga menjadi warisan keluarga yang paling berharga. Oleh itu, setiap ahli keluarga perlu mengetahui perkembangan perusahaan padi ini. Warisan keluarga ini juga telah mengeratkan hubungan sesama jiran. Hal ini juga boleh membantu jiran yang menghadapi masalah menguruskan pertanian padi dengan sering bertukar-tukar cerita tentang pertanian padi masing-masing.
Kawasan ( 000 hektar) Jumlah pengeluaran (000 tan metrik) | Keluasan tanaman | Pertumbuhan |
1991 | 1992 | 1993 | 1995 | 2000 | 1991-1995 | 1996-2000 |
737.5
1956.5
| 690.3
1864.0 | 899.3
1893.5 | 666.3
2159.8
| 4000
1940 | 0.1
1.4 | -9.7
-2.1 |
Sumber : Jejak-Jejak Pembangunan 1957-2007
4. Prospek
Menurut Embah Riman, dahulu ketika mahu pengusahakan sawah padi Allahyarham Embah Dikon menghadapi kesulitan ketika hendak membeli sawah, iaitu kekurangan modal. Oleh itu, berbekalkan hasil titik peluh Allahyarham ditambah dengan bantuan kerajaan, barulah dapat membeli sawah tersebut. Setelah itu, berlaku beberapa halangan cuaca seperti banjir yang telah menenggelamkan semua anak padi padi yang baru ditanam. Selain itu, kerap kali juga berlakunya kemarau diawal pembabitan Allahyarham dalam bidang pertanian ini. Tetapi, berkat doa dan daya usaha yang tinggi serta tidak berputus asa telah menjadikan pertanian padi milik Allahyarham ada hingga ke hari ini.
Sudah pastinya pertanian ini tidak akan berjaya dengan cemerlang tanpa penglibatan pihak luar seperti MARA yang telah memberi modal, MARDI yang telah memberi nasihat dari semasa ke semasa dan lain-lain pihak yang turut membantu. Embah Riman rasa bersyukur atas peranan kerajaan yang memahami keperluan rakyatnya.
Akhirnya, perusahaan sawah padi ini mendapat sambutan yang menggalakkan oleh pengguna setempat. Selain itu, perusahaan ini telah menjadi kebanggaan keluarga dan masyarakat setempat.
Saranan saya, warisan ini perlu ceritakan agar generasi muda tahu penanaman padi tradisional ini. Keluarga juga perlu mewarisi kemahiran ini. Selain itu, warisan ini juga wajar didokumentasikan agar tidak berlaku perkara yang tidak diingini.
Rumusan
Saya berbangga menjadi rakyat Malaysia kerana berpeluang melihat sendiri penanaman padi ini dilakukan secara tradisional. Saya telah memilih penanaman padi ini kerana mudah untuk mendapatkan maklumat serta terdapat kawasan sawah padi berdekatan tempat tinggal saya. Selain itu, penanaman padi juga mempunyai proses yang agak merumitkan tetapi sangat menarik kerana saya tidak pernah mengetahuinya sebelum ini.
Saya juga bersyukur kerana dikelilingi masyarakat yang berhemah tinggi dan tidak mudah berputus asa. Mereka sentiasa tenang dan sabar menghadapi masalah yang mendatang. Sentiasa berusaha lebih lagi dan menjadikan pengalaman tersebut sebagai motivasi untuk lebih berjaya.
Demi kepentingan bangsa, kita mestilah memelihara pertanian tradisional ini dengan sentiasa berdisiplin demi mempertahankan warisan negara ini. Kita mesti berpegang teguh kepada lima prinsip rukun negara kerana rukun negara merupakan asas yang akan membentuk bangsa yang berdisiplin. Jika cinta akan negara dan bangsa, kita mestilah mempunyai semangat bersatu-padu dan harmoni.
Sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab, kita hendaklah berbangga dan menyokong produk keluaran tempatan dengan membeli produk tempatan. Saya juga berasa gembira menjadi warganegara Malaysia yang mempunyai kerajaan yang prihatin akan keperluan rakyatnya dan sentiasa menjaga kebajikan mereka. Disamping berasa bangga menjadi warganegara yang merdeka, kita tidak boleh alpa kerana jika kita lalai kemungkinan sejarah negara dijajah akan berulang lagi. Oleh itu, kita mestilah sentiasa berwaspada dan terus memelihara kelebihan yang telah kita punya.
RUJUKAN
Buku Ilmiah
1 ) Yatimah Rimun, 2007, Jejak-Jejak Pembangunan 1957-2007,Malaysia : Arkib Negara Malaysia.
Orang Sumber
Embah Riman bin Dikon , 63 tahun, Kg. Sawah Sempadan, 45500 Tanjong Karang, Selangor.
Yatimah binti Rimon, 48 tahun, Kg Melayu Sri Kundang, 48050 Rawang, Selangor.
Melawat tempat kajian
Kampung Sawah Sempadan, 45500 Tanjong Karang, Selangor.
Internet
Kredit to
Belum ada tanggapan untuk "Contoh Kerja Kursus Sejarah PMR 2013 Penanaman Padi"
Posting Komentar