5.1) Maklumat Asas.
5.1.1- Jenis Kegiatan Ekonomi
Kegiatan ekonomi yang saya kaji ialah penanaman pisang oleh Encik Ayub Bin Sahat di Felcra Bukit Kepong.
5.1.2- Sejarah Asal Usul Kegiatan Ekonomi.
Penanaman pisang ini telah dimulakan oleh Encik Md Ayub danPuan Salmi suami isteri mulai tahun 1998 . Oleh yang demikian beliau telah mengendalikan penanaman pisang ini hampir 15 tahun lamanya. Pada masa tersebut, beliau menanamnya untuk kegunaan sendiri seperti untuk masakan dan untuk dijual di kedai di kawasan perkampungannya. Beliau telah mengusahakan penanaman pokok pisang berdekatan rumahnya di Felcra Bukit Kepong sehingga beliau mendapat hasil . Pada masa sekarang kebun pisangnya ialah kira-kira 5hektar yang dimana 1hektar bersamaan 500 pokok pisang.
5.1.3- Lokasi/Tempat Kajian
Lokasi di Felcra Bukit Kepong berkediaman No. 365 Jalan Mawar Felcra Bukit Kepong, Muar. Beliau yang berusia 53 tahun dan isterinya 50 tahun. Lokasi kediaman beliau terletak di luar Bandar. Bandar terdekat ialah Bandar Labis . Jarak rumah beliau dengan pekan Labi sialah kira-kira 15km.
5.1.4-Pihak yang mengusahakan/individu/ kelompok masyarakat yang mengusahakan
Penanaman pisang ini turut juga dijalankan oleh penduduk kampung ini di kawasan sekitar rumah mereka untuk tujuan yang sama seperti Encik Ali Bin Ahmad . Bagi tujuan kerja kursus ini saya memilih Encik Ali Bin Ahmad kerana beliu merupakan antara orang yang lama terlibat dengan penanaman pisang di perkampungan ini.
5.2- Latar Belakang
5.2.1- Tujuan dijalankan
Encik Md Ayub b. Sahat pada mulanya menanam pisang untuk digunakan sebagai sumber makanan dan masakan sendiri. Kemudian, beliau menjual pisang tersebut ke kedai-kedai di Felcra Bukit Kepong. Beliau menjual semua jenis pisang yang ditanam. Antara jenis pisang tersebut adalah pisang tanduk, pisang berangan, pisang nangka dan pisang nipah. Beliau menjual kira-kira 100kg pisang setiap kali penjualan dilakukan ke kedai dengan harga sekitar RM 1.30- 1.50 sekilogram kira-kira dua kali sebulan.Oleh yang demikian kita boleh menganggap hasil atau pendapatan Encik Ayub ialah kira-kira RM260-300 sebulan.
5.2.2-Peralatan/kaedah yang digunakan
Dalam bidang menanam pisang, beliau telah membeli sebuah kubotar yang berharga kira-kira RM 7000.00 untuk kemudahan beliau meneruskan penanaman pisang. Beliau menggunakan kubotar untuk mengembur tanah pada mula mengusaha dan setiap kali proses penanaman semula.Kubotar ini juga digunakan untuk meratakan kawasan kebun pisangnya. Selain itu peralatan lain yang digunakan olehnya ialah cangkul dan tajak terutama untuk menajak rumput dan membersihkan kawasan lading.
5.2.3-Tempat Kawasan
Encik Md Ayub mendapatkan kemudahan air dari rumahnya. Beliau berasa beruntung kerana jarak kebun dengan rumahnya adalah bersebelahan sahaja. Oleh yang demikian beliau tidak perlu membeli kalbat atau mengorek parit bagi mendapatkan bekalan air bagi kegunaan meracun rumput . Beliau juga telah memasang pagar berduri untuk menggelakkan dari daripada haiwan perosak. Justeru, beliau mengambil langkah drastik untuk memasang pagai berduri sebagai perlindung daripada serangan dan ancaman binatang perosak.Antara haiwan perosak yang sering mengganggu tanamannya ialah babi hutan, lembu , monyet dan kambing.
5.2.4-Kos Pengendalilan
Benih pokok pisang diambil dari pokok-pokok pisang yang telah matang dan mampu menghasilkan anak-anak pokok pisang . Racun dan baja dibeli sendiri dan dan proses penjagaan seperti memangkas pelepah yang rosak, membungkus pisang dilakukan bagi mengekalkan kualiti . Kadang kala beliau menggunakan baja kimia tertentu untuk mengemukkan pokok pisang.
5.3-Sumbangan/Pengaruh kepada keluarga atau masyarakat.
5.3.1- Sumber pendapatan utama dan sampingan
Dengan penanaman pisang ini, pekebun memperoleh kira-kira RM300 sebulan sebagai pendapatan sampingan. Pekebun hanya mengedar dan menjual hasil kebunnya kepada penjual buah-buahan di Felcra Bukit Kepong.
5.3.2- Memenuhi Permintaan.
Dengan menanam pisang, beliau dapat memenuhi permintaan segelintir masyarkat setempat terutama pada musim perayaan, kenduri-kendara atau majlis perkahwinan. Oleh hal demikian, ia telah memudahkan penduduk kampng untuk memperoleh buah pisang dan dapt menghasilkan produk seperti :-
Kek Pisang | Pisang Goreng | Kerepek Pisang |
5.3.3-Penerusan Tradisi Keluarga
Penanaman pokok pisang ini adalah penerusan turun-temurun tradisi keluarga. Pengusaha mewarisi pengurusan tersebut daripada bapanya.
5.3.4-Peluang Perkerjaan
Dengan menubuhkan sebuah kebun penanaman pisang, penduduk kampung terutama sekali kepada penganggur boleh mendapat peluang perkerjaan di kebun pisang tersebut. Antara perkerjaaan yang boleh didapati di kebun pisang adalah menanam semula anak-anak pokok, membaja dan sebagainya. Oleh itu, penduduk yang menganggur dapat memenuhi masa yang terluang dengan perkara yang boleh mendatangankan manfaat.
5.4- Prospek
5.4.1-Cabaran/ kekangan yang dihadapi.
Antara cabaran yang dihadapi bagi pengusaha pisang dalah haiwan-haiwan perosak yang boleh memberi impak yang negatif seperti memakan hasil penanaman dan merosakkan hasil penanaman. Antara haiwan perosak adalah :-
Monyet | Ulat Gulung Daun |
Lembu | Kumbang |
Lalat Buah
|
Odioporus longgicolis |
Selain daripada haiwan perosak, pekebun juga memperoleh masalah penyakit pisang:-
Tisu Vaskular menjadi perang atau kehitaman |
Buah hitam dan repuh |
5.4.2-Penglibatan Pihak Luar/Galakan kerajaan swasta.
Pihak kerajaan memberi bantuan kepada pengusaha kebun pisang dalam bentuk subsidi, kewangan dan sebagainya. Pihak kerajaan juga telah memberi ruang dan peluang kepada pengusaha untuk melakukan aktiviti pertanian agar dapat mengurangkan tahap pengangguran.
5.4.3-Reaksi/ Penerimaan Masyarakat.
Masyarakat di kampung ini menanam pisang untuk keperluan sendiri terutama untuk masakan harian dan pembuatan kuih muih bagi hidangan keluarga sahaja. Kadangkala, ada juga ia menghasilkan produk seperti kerepek pisang, kek pisang dan sebgainya yang dihantar ke kedai-kedai di Felcra Bukit Kepong.
5.4.4- Saranan dan harapan.
Encik Md Ayub berharap agar dapat memperluaskan lagi kawasan tanaman pisang tersebut. selain daripada itu, dapat menambahkan kuantiti pokok pisangnya. Selanjutnya, beliau juga berusaha menjaga penanaman tersebut agar dapat diteruskan oleh anak-anak beliau dan tidak dibiarkan begitu sahaja dan berharap agar masalh-masalah yang pernah dihadapinya dapat dikurangkan.
RUMUSAN
Kajian yang dilakukan selama kira-kira 2 bulan ini memberikan saya pelbagai pengalaman baru dan menarik. Tugasan ini menggerakkan saya untuk mempelajari tentang tatacara bagi mendapatkan bahan untuk keperluan kerja kursus ini. Melalui kajian ini, saya menyedari bahawa kita haruslah berbangga sebagai rakyat Malaysia dan berasa bersyukur kerana hidup dalam sebuah negara yang aman dan damai seperti Malaysia.
Melalui pemerhatian secara tidak langsung, salah satu faktor yang membawa kepada kemajuan pesat ekonomi negara kita dalam pelbagai bidang adalah natijah daripada kepimpinan negara yang mengambil berat terhadap nasib dan masa depan bidang pertanian di negara ini. Di pihak pengurusan kejayaan beliau ialah hasil daripada kotmitmen yang jitu terhadap bidang tugasnya selama ini.
Secara tuntasnya, kajian kerja kursus ini telah menyedarkan saya tentang pentingnya sifat bertanggungjawab, tabah, cekal dan prihatin . Pada masa yang sama, saya sedar bahawa banyak perkara sebenarnya mampu menyumbang kepada kemajuan negara.
Belum ada tanggapan untuk "Contoh Kerja Kursus Sejarah PMR 2013 Penanaman Pisang"
Posting Komentar