Contoh Soalan / Panduan Jawapan / Cara Menjawab Kertas 3 Sejarah SPMSila Klik : Contoh Tugasan Kertas 3 Sejarah SPM.
Sebagaimana yang pelajar sedia maklum, tugasan kertas 3 akan diberikan satu bulan awal sebelum peperiksaan sebenar. Maksud di sini, cikgu-cikgu pelajar sekalian sepatutnya dah berikan tugasan berdasarkan TEMA UMUM sebagaimana di bawah sebulan awal sebelum pelajar-pelajar diberikan soalan sebenar pada hari peperiksaaan.
Contoh:
Tugasan untuk calon
SOALAN SEBULAN SEBELUM PEPERIKSAAN
Tema 10.1: Kemunculan dan Perkembangan nasionalisme di Asia Tenggara
Berdasarkan tajuk di atas ;
- Calon boleh membuat rujukan daripada pelbagai sumber seperti buku teks, buku ilmiah, akhbar, majalah, risalah, internet dan lain-lain.
- Pada hari peperiksaan, calon hanya dibenarkan membawa masuk buku teks, buku ilmiah, akhbar, majalah dan risalah sahaja ke dalam dewan / bilik peperiksaan.
- Bahan tersebut boleh digunakan sebagai rujukan untuk menjawab soalan.
Soalan PEPERIKSAAN SEBENAR akan diberikan pada hari peperiksaan
-----------------------------------------------------------------------------------------------
Manakala pada hari peperiksaan, pelajar-pelajar akan diberikan soalan sebenar yang merangkumi 8 konstruk. Dengan kata lain, pelajar-pelajar akan diberikan 8 soalan berdasarkan tema yang diberi. Markah penuhnya sudahpun dinyatakan di sebelah.
Semasa menjawab soalan ini, pelajar harus bijak menghuraikannya. Oh ya buat dalam bentuk esei. Jangan buat point-point okey.
Biasanya 3 soalan pertama, jawapannya sudahpun ada dalam buku teks.
SOALAN HARI PEPERIKSAAN:
Tema 10.1: Kemunculan dan Perkembangan nasionalisme di Asia Tenggara
Soalan: Huraikan kemunculan dan perkembangan nasionalisme di Asia Tenggara dan menghubungkaitkannya dengan pencapaian negara kita pada hari ini
Peringatan;
Calon hendaklah menjawab berdasarkan kerangka jawapan di bawah.
Format | Perincian | Markah penuh |
Pengenalan | 1.Pengenalan Jelaskan maksud nasionalisme di Asia Tenggara
| 5 markah |
Isi dan huraian | 2. Huraikan faktor-faktor kemunculan nasionalisme di Asia Tenggara
| 30 markah |
| 3. Huraikan perkembangan nasionalisme di Filipina dan Thailand
| 15 markah |
| 4. Bagaimanakah semangat nasionalisme dapat dimanfaatkan bagi mengukuhkan kedaulatan negara
| 15 markah |
| 5. Berdasarkan pemerhatian anda, jelaskan kejayaan yang dicapai oleh negara kita hasil daripada semangat nasionalisme di kalangan rakyat
| 10 markah |
| 6. i. Jelaskan cabaran yang dihadapi oleh Malaysia dalam mengekalkan kedaulatan negara ( 5 markah ) ii. Nyatakan langkah-langkah untuk mengatasi cabaran di atas ( 5 markah )
| 10 markah |
| 7. Nyatakan nilai-nilai murni/iktibar/patriotisme daripada semangat nasionalisme demi mengekalkan kedaulatan negara kita
| 10 markah |
Kesimpulan | 8. Rumusan
Pengetahuan yang diperoleh. Iktibar kepada diri, bangsa dan Negara. Harapan untuk mengekal serta mengisi kemerdekaan negara.
| 5 markah |
Artikel keren lainnya:
Belum ada tanggapan untuk "Contoh Soalan Dan Panduan Skema Kertas 3 Sejarah SPM"
Posting Komentar