MONTE CARLO – Finalis Liga Juara-Juara musim lalu, Barcelona dan Bayern Munich berdepan misi sukar dalam kempen kali ini apabila diundi bersama pasukan-pasukan ternama Eropah.
The Catalan yang mempunyai misi merampas kejuaraan daripada Bayern diundi dalam Kumpulan H bersama juara tujuh kali iaitu AC Milan selain terpaksa berdepan juara liga Scotland, Celtic dan wakil Belanda, Ajax Amsterdam.
Bayern pula berada dalam Kumpulan D. Juara Bundesliga itu bakal bersaing sengit dengan kelab England, Manchester City. Turut diundi bersama mereka ialah CSKA Moscow dan Viktoria Plzen.
City dijangka melepasi peringkat kumpulan selepas dua tahun gagal berbuat demikian.
Arsenal yang berada di dalam Kumpulan F turut berdepan saingan getir kerana perlu mengatasi cabaran Borussia Dortmund, Marseille dan Napoli.
The Gunners yang tidak pernah memenangi trofi berprestij itu berdepan cabaran besar untuk mengatasi Dortmund selaku naib juara musim lalu.
Mereka juga tidak boleh memandang enteng cabaran naib juara Ligue 1 Perancis, Marseille dan Napoli yang layak hingga ke peringkat 16 pasukan terbaik musim lalu.
Jurulatih Dortmund, Jurgen Klopp menyifatkan keempat-empat pasukan di dalam Kumpulan F mempunyai peluang untuk layak ke pusingan kedua.
Dalam pada itu, David Moyes yang pertama kali mengendalikan Manchester United di peringkat tertinggi dijangka tidak terlepas daripada cabaran hebat apabila kelab itu diundi bersama Shakhtar Donetsk, Bayer Leverkusen dan Real Sociedad dalam Kumpulan A.
Moyes sebelum ini gagal membawa Everton ke peringkat kumpulan Liga Juara-Juara pada 2005 selepas pasukannya itu ditundukkan Villareal pada pusingan kelayakan.
Satu lagi wakil England, Chelsea agak bernasib baik kerana berdepan cabaran lebih mudah di dalam Kumpulan E bersama Schalke, FC Basel dan Steaua Bucharest.
Keadaan itu mencerahkan lagi peluang pengurus Chelsea, Jose Mourinho untuk menjayakan misi memenangi Liga Juara-Juara bersama tiga kelab berlainan.
Dalam pada itu, Real Madrid dan Juventus dijangka mudah mendominasi Kumpulan B apabila diundi bersama Galatasaray dan FC Copenhagen.
Benfica dan Paris St-Germain juga dilihat mempunyai peluang cerah untuk mara ke peringkat kalah mati selepas diundi bersama Olympiakos dan Anderlecht dalam Kumpulan C.
Wakil Portugal dan Sepanyol iaitu FC Porto dan Atletico Madrid turut berdepan laluan mudah dan mampu mara ke peringkat lebih jauh setelah diundi bersama Zenit St Petersburg dan Austria Vienna dalam Kumpulan G.
Perlawanan akhir Liga Juara-Juara 2014 akan diadakan di Stadium of Light milik kelab Benfica di Lisbon - ABN News
Undian Penuh Peringkat Kumpulan Liga Juara-Juara Eropah Musim 2013/2014
Semua perlawanan peringkat kumpulan akan diadakan pada 18/19 September, 2/3 Oktober, 23/24 Oktober, 6/7 November, 20/21 November and 4/5 Disember.
- Kumpulan A : Manchester United, Shaktar Donetsk, Bayer Leverkusen, Real Sociedad
- Kumpulan B : Real Madrid, Juventus, Galasataray, FC Copehagen
- Kumpulan C : Benfica, Paris Saint Germain, Olympiakos, Anderlecht
- Kumpulan D : Bayern Munich, CSKA Moscow, Manchester City, Viktoria Plzen
- Kumpulan E : Chelsea, Basel, Schalke 04, Syeau Bucharest
- Kumpulan F: Arsenal, Marseille, Borussia Dortmund, Napoli
- Kumpulan G : Porto, Athletico Madrid, Zenit St Petersburg, Austria Vienna
- Kumpulan H : Barcelona, AC Milan, Ajax Amsterdam, Celtic
Artikel keren lainnya:
Belum ada tanggapan untuk "Undian Penuh Peringkat Kumpulan Liga Juara-Juara Eropah Musim 2013/2014"
Posting Komentar