Pengakuan berkenaan menimbulkan kontroversi kerana mereka sebelum ini beria-ia benar menafikan sedang bercinta apatah lagi mendirikan rumah tangga.
Aeril Zafrel atau nama sebenarnya Suhairil Suhari, 25, berkata, dia dan Wawa, 22, telah bernikah pada 2012 secara rahsia.
Tindakan itu diambil kerana dikatakan bagi mengelak dikenakan tindakan undang-undang.
Ini kerana Wawa masih terikat dengan kontrak bersama Metrowealth International Group, MIG.
Bagaimanapun mereka berdua menikah sekali lagi pada 25 Februari 2013 atas permintaan keluarga.
Anak lelaki pasangan tersebut diberi nama Ahmad Fakhruddin Attar yang dilahirkan pada 24 Ogos 2013.
Perkara itu disebarkan sendiri oleh Wawa menerusi Instagram dan seterusnya mencetuskan persoalan kalangan media dan peminat.
Ekoran perkembangan berkenaan, Wawa dan Ariel memohon maaf secara terbuka kepada pihak media.
“Ya, saya dan Wawa sudah bernikah. Kami bernikah di Taman Datuk Harun, Petaling Jaya. Jadi, status anak saya yang dihebohkan selama ini sudah terjawab,” kata Aeril pada sidang akhbar di sebuah restoran di Neo Damansara.
Hadir sama pada sidang akhbar tersebut ialah bapa Wawa, Zainal Abidin Sulong, peguam Ariel, Zulhasmi Zakaria dan pengurus Ariel, Shariman Wahap - ABN News. Gambar sumber mStar online, ABN News & Google
Belum ada tanggapan untuk "Gambar Wawa Zainal Dan Aeril Zafrel Akhirnya Mengaku Sudah Berkahwin"
Posting Komentar